al-Siha : May 2019 | Page 24

24 al-Siha | MEI, 2019 TENTANG WANITA Dunia O&G Perkhidmatan Ginekologi untuk remaja perempuan Unit Pediatrik dan Ginekologi Remaja (PAG) telah diperkenalkan pada April 2008 oleh Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM Medical Centre (HCTM UKMMC) Cheras, Kuala Lumpur Unit ini juga turut bekerjasama dengan kebanyakan pakar bedah pediatrik, pakar bedah ekdoktrin bagi pediatrik dan remaja, pakar psikiatri, pakar psikologi, pakar radiologi, pakar genetik dan mereka yang arif dalam bidang imbasan(scan).” U NIT ini telah dimulakan oleh Prof Nur Azurah Abdul Ghani dan juga Prof. Madya Dr. Ani Amelia Datuk Zainuddin. PAG merupakan sub speciality bagi Obstetrik dan Ginekologi. Di Asia, terdapat beberapa buah klinik PAG mula diperkenalkan seperti di negara seperti Singapura. Filipina dan juga Hong Kong. LATIHAN KEPADA PAKAR Unit ini telah melatih ramai penuntut sarjana bidang O&G dan pakar O&G yang berminat kearah PAG dan perubatan reproduktif. Selain itu, unit ini juga telah menjalankan beberapa kajian, yang diterbitkan dalam bentuk jurnal, selain turut aktif mengadakan forum ilmiah bersama orang ramai dan juga menyampaikan ceramah di sekolah, bengkel- bengkel ilmu, dan juga menyertau kongres dalam dan juga luar negara. Dua kongres luar negara disertai unit ini pada tahun 2007 dan juga 2013. Unit PAG di HCTM UKMMC ini juga telah mengurus- kan sekurang-kurangnya 300 kes secara purata setiap tahun. Rujukan mereka tertumpu kepada jabatan pedi- atrik dan juga ginekologi di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan juga Sarawak. Manakala, sebanyak 43 kes telah dicatatkan pada tahun 2012 dan meningkat kepada 64 kes pada tahun 2016 bagi pesakit luar baharu. Unit ini menyediakan perkhidmatan ginekologi kepada remaja perempuan dari usia seawal selepas dila- hirkan sehingga 21 tahun. Bagaimanapun, disebabkan oleh kelewatan diagnosis ‘Diff erences of Development Disorders’ (DSD), wanita berusia 45 tahun juga masih dibawah jagaan dan pemantauan unit ini. MASALAH TERBARU OLEH PROF. MADYA DR. ANI AMELIA DATUK ZAINUDDIN PAKAR OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI PPUKM Antara permasalahan terbaru diterima PAG adalah kes yang melibatkan masalah kesihatan seperti kencing berdarah, dan juga amenorrhea serta dysmenorrhea. Dalam aspek diagnosis pula, masalah kesihatan ter- baru antaranya adalah DSD, Mullarian abnormalities, vulvovaginitis, labial adhesions, kes penderaan seksual, gangguan haid dan lambat baligh. Unit PAG turut menawarkan ujian atau saringan dan juga pembedahan sekiranya perlu untuk tujuan merawat masalah yang dihadapi dengan sebaiknya. Selain itu, unit ini juga turut bekerjasama dengan kebanyakan pakar bedah pediatrik, pakar bedah ekdok- trin bagi pediatrik dan remaja, pakar psikiatri, pakar psikologi, pakar radiologi, pakar genetik dan mereka yang arif dalam bidang imbasan(scan). Terdapat dua klinik PAG dikenali di Malaysia, dimana klinik ini telah dibuka oleh Pensyarah Universiti Sains Malaysia Kelantan (USM), Dr. Nik Rafi za Afendi, dimana beliau telah mula merawat remaja perempuan klinik tersebut di Hospital USM, Kubang Kerian bermula tahun 2015. Sementara itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Lavitha Sivapatham, dari Kementerian Kesihatan Malay- sia juga telah membuka klinik PAG ini di Hospital Ampang pada tahun 2017. Beliau erat menjalinkan kerjasama dengan pihak Hemotologi Negara di Hospital Ampang dalam membantu lebih ramai remaja perempuan yang mengalami masalah terutamanya gangguan pendarahan. KEPERLUAN PAG Ternyata, perkhidmatan PAG sangat penting dan di perlukan di Malaysia. Semoga semakin banyak pakar O&G diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia dan klinik PAG ini mendapat pengiktirafan sewajarnya selain sokongan penuh dari Kementerian Kesihatan Malaysia. — al-Siha