al-Siha : May 2019 - Page 23

Mei, 2019 | al-Siha diari lelaki 23 Onkologi lelaki juga tidak terkecuali Kurang dari satu peratus lelaki di Malaysia menghidap kanser payudara P EnYaKiT kanser payudara bukan perkara baharu dikalangan wanita, bahkan seringkali mendapat liputan meluas di mana-mana sahaja, akan tetapi kurang satu peratus dari semua jenis kanser adalah kanser payudara bagi kaum lelaki dan jarang mendapat pendedahan. Menurut Pakar Onkologi, Dr. Mastura Md Yusof, dari pemeriksaan atau diagnosis kanser yang dilakukan terhadap lelaki, sekurang-kurangnya kurang dari satu peratus kes dilaporkan. “Pada tahun 2003 dan 2005, sebanyak 257 kes dil- aporkan di Daftar Kanser Kebangsaan dan penyakit ini dianggap sebagai amat jarang berlaku, dan kita tidak menyangka ia sebenarnya turut dihidapi lelaki sedangkan 30 peratus wanita di Malaysia menghidap kanser ini. TANDA KANSER PAYUDARA BAGI LELAKI • Penemuan benjolan atau ketulan yang tidak menya- kitkan atau kulit dibahagian payudara menebal • Berlaku perubahan pada kulit di bahagian payudara seperti ruam • Perubahan pada puting, puting tertarik ke dalam • Puting berdarah 1. Penuaan Kanser payudara dikalangan lelaki kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang lebih tua sekitar 68 tahun. 2. Hormon Faktor epidemiologi menunjukkan terdapat hubungan antara tahap estrogen tinggi dengan kanser payudara lelaki. Kulit payudara lelaki mempunyai struktur yang sedikit berbeza dan kurang berkembang berbanding payudara wanita. Tahap estrogen yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan sel payudara. Lelaki terdedah kepada tahap oestrogen tinggi sekiranya: • Mempunyai masalah berat badan atau obesiti yang akan meningkatkan penghasilan oestrogen. • Mengambil ubat-ubatan meningkatkan hormone wanita. • Mengambil mi numan alkohol yang terlalu banyak. • Mempunyai penyakit hati atau gangguan tiroid. PUNCA KANSER “Kita sebenarnya tahu mengenai beberapa maklumat sahaja tentang penyakit ini dan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan kanser payudara di kalangan lelaki,” katanya. “Oleh kerana penyakit kanser payudara dikalangan lelaki ini jarang berlaku, epidemiologi atau pengumpulan data perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, kita semua perlu faham akan penyebab kanser payudara dikalangan lelaki. Tiada lelaki yang merasakan bahawa mereka berke- mungkinan menghidap penyakit ini, jadi mereka tidak melakukan ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan meskipun mereka menyedari terdapat ketulan atau benjolan pada payudara masing-masing. “Tidak ada rutin dilakukan untuk memeriksa payudara masing-masing bagi lelaki. Kurangnya kesedaran itu, bukan sahaja daripada kalangan orang ramai bahkan dari kalangan professional atau pengamal perubatan sendiri,” jelasnya. Perkara ini akan menyebabkan individu tersebut semakin parah dan terlambat saat mengetahuinya. Faktor PerkeMbangan kanSer 3. Status perkahwinan – lelaki yang tidak pernah berkahwin berisiko lebih tinggi 4. Keadaan payudara sebelum ini 5. Gynecomastia Ginekomastia adalah pertumbuhan payudara yang abnormal. 6. Sejarah keluarga penghidap kanser payudara lelaki adalah “oestrogen receptor–positive” manakala 65 hingga 70 peratus wanita turut dikatakan sebagai “oestrogen receptor–positive” dan kedua-dua “oestrogen receptor” dan “progesterone receptor” ini turut mempunyai kaitan dengan kanser payudara lelaki, sama dengan kanser payudara bagi wanita. “Memandangkan penyakit kanser payudara bagi lelaki ini amat jarang ditemui, rawatan keatas mereka tidak jauh beza secara keseluruhannya. Setiap proses seperti ujian, biopsy, pembedahan, kimoterapi, dan beberapa rawatan lain dilakukan sama sahaja dengan wanita. — al-Siha 7. Bentuk payudara Sesetengah lelaki mewarisi genetik tidak normal (mutasi) dari ibu bapa sekaligus meningkatkan lagi risiko terhadap penyakit ini. 8. Rawatan kanser yang dilakukan sebelum ini 9. Undescended testicles 10. Mumps orchitis STIGMA Terbaru, satu dari sembilan wanita dilaporkan menghidap kanser payudara, kira-kira 30 peratus wanita di Malaysia. Bagi lelaki, hanya satu dalam 1000 orang berisiko tinggi menghidap kanser dan kurang dari satu peratus. Bagaimana pula tindakan yang dilakukan oleh lelaki yang mengetahui bahawa mereka menghidap kanser payudara? “Sememangnya lelaki sukar untuk membincangkan perkara ini. Seolah-olah ini satu perkara yang sensitif dan tidak boleh dibincangkan kerana melibatkan kesan psikologi dan kurang sokongan. Kebanyakkannya mem- persoalkan penyakit mahupun kanser yang dihidapi mereka,” katanya. Lelaki yang didiagnosis sebagai pesakit kanser payudara ini akan mengalami pengalaman dimana mereka terlalu bimbang dan tekanan selain tercabar memandangkan penyakit ini lazimnya dialami wanita. “Memang mereka juga memerlukan sokongan padu sebagaimana sokongan yang telah diberikan terhadap wanita yang menhidap kanser payudara,” jelas beliau. ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN? Kajian yang dilakukan oleh penyelidik Eropah mendapati terdapat persamaan antara kanser payudara yang meny- erang wanita dan juga lelaki, cuma beberapa perbezaan lain yang tidak begitu ketara. Lebih dari 90 peratus Dr Mastura menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu peka serta menjalani ujian saringan bagi mengesan penyakit ini.