al-Siha : May 2019 - Page 2

02 al-Siha | mei, 2019 Apa yang anda perlu tahu? MITOS & FAKTA KESIHATAN Minum berdiri rosak buah pinggang? Sidang Pengarang EL Law Pengarah Eksekutif ellaw@revonmedia.com Kay Mathy Penerbit Oleh Dr Suhazeli Abdullah, Perunding Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu. A natomi sistem perut tidak ber- sambung terus dengan sistem pundi kencing. Walaupun perut wujud dua sphincter iaitu Esophagial dan Pyloric sphincter, tetapi sphincter berkenaan bertujuan untuk mengawal kemasukan makanan dan minuman yang masuk perut agar tidak terus meluru ke usus. Makanan dan minuman kita akan dihadam terlebih dahulu di perut. Kemudian makanan dan minuman akan bergerak ke usus untuk penyerapan selanjutnya. Proses pertama ini sama sekali tidak melibatkan buah pinggang. Setelah di serap, zat makanan dan minuman akan masuk sistem darah. Kemudian, barulah kumuhan darah seperti urea akan dikeluarkan melalui buah pinggang. Justeru, tidak benar mengaitkan wujudnya penapis (sphincter) tersebut dengan sakit buah pinggang seperti kegagalan fungsinya, batu karang atau kanser akibat minum secara berdiri. Air yang diminum akan tetap masuk ke sistem peng- hadaman seperti perut dan usus, kemudian di serap ke dalam sistem darah. Bukannya apabila manusia berdiri sphincter itu tertutup dan air akan disalurkan ke buah pinggang. Kenyataan sedemikian adalah salah, hatta jika mesej tular tersebut dihantar oleh seorang doktor. Doktor berkenaan sanggup menipu orang awam demi laba harta dunia yang dijanjikan melalui penjua- lan produk yang laku keras. Nasihat saya berhentilah melakukan kefasadan ilmu ini. Lebih menyedihkan lagi apabila mesej tersebut berhujah atas nama Rasulullah. Memang ada hadis melarang minum berdiri. Hadis menegur minum berdiri itu bukannya larangan haram buat, tetapi ianya makruh dilakukan. Malah dari sudut akhlak pun tidak elok. Namun demikian, terdapat hadis yang menunjukkan Rasulullah s.a.w minum ketika berdiri. Sebagaimana satu hadis: “Kata ‘Ali r.a: Orang ramai tidak suka jika ses- eorang minum berdiri, sedangkan aku telah lihat rasulullah s.a.w lakukannya seperti kamu melihat aku lakukan” (Maksud Hadis dari al-Bukhari). Dalam hadis sahih al-Bukhari dan sahih Muslim dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Aku telah memberi minum kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari zamzam lalu beliau memin- umnya sedang beliau dalam keadaan berdiri.” Ertinya boleh minum berdiri bukan haram qata’i dan tidak mendatangkan mudarat kesihatan. Jika ada keperluan minum berdiri, boleh dilakukan. Jika tiada keperluan, hendaklah duduk. Ianya terlebih afdhal. Dalam perubatan, meminum air kosong tidak terikat dengan waktu. Malah tidak pernah dibuktikan dikaitkan dengan khasiat tertentu seperti mencegah serangan stroke dan jantung, elak sakit buah pinggang, kencing manis, kanser dan seumpamanya. Cuma ia mungkin elok diamalkan berdasarkan individu tertentu, seperti penyakit gastritis (refluks easophagitis) dinasihatkan tidak menyulami minum air semasa makan dan melen- gahkan pengambilan air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan. Yang penting jumlah air diminum seharian men- cukupi. Paling minima 7 hingga 8 gelas air sehari. Jika musim panas, isipadu air perlu di tambah lagi sehingga 2 hingga 3 liter sehari. — al-Siha kaymathy@revonmedia.com Law Beng Chee CEO/Ketua Pengarang bclaw@revonmedia.com Jabatan pengarang Norzira Syarini Mohammed Pauzi Pengarang norzira.syarini@revonmedia.com Nurul Fadhlin Che Ismail Wartawan Kanan nurul@revonmedia.com a.azam Pengarah Kreatif a.azam@revonmedia.com CHONG Suke Han Pereka Kanan sukehan@revonmedia.com Jabatan pengiklanan dan pemasaran Berdee chai Pengurus Jenama berdee@revonmedia.com V.Gunasagaram Penasihat Pemasaran vguna@revonmedia.com Robert Kok Penasihat Niaga robert@revonmedia.com Weina Chen weina@revonmedia.com Sahana Perunding Media sahana@revonmedia.com IT & Laman Web Ariel Chew Ketua Digital 04 – 05 BULETIN • Sains untuk kesejahteraan rakyat • Tingkat kesedaran penjagaan paliatif • Buka peluang pekerjaan buat golongan OKU Smart Partnership • Pusat jagaan kanak-kanak berkonsep hijau pertama Negara • Jordan asia Pacific lancar Kempen Green Clean 06 – 07 NIAGA • Keunikan cheongkwangJang, ginseng Merah korea • HAIER perkenal rekabentuk baharu menerusi jelajah kembara • La Jung klinik estetik kini dibuka • Alcenero makanan sihat untuk kanak-kanak • Youkachi sasar jual 5000 kotak 08 – 13 ISU KESIHATAN MENTAL • Sokongan yang diperlukan untuk menangani masalah kesihatan mental • Sokongan PERKESO untuk anda! • Peranan majikan terhadap pekerja • MIASA-One Stop Center pesakit mental • Latihan untuk kembali kepada masyarakat • Terurus boleh bertukar menjadi teruk 14 – 15 ISU CANCER MOONSHOT • Dari ratu cantik ke ‘wanita besi’ • Keturunan punca Mazwin kanser payudara • “Kematian di tangan Tuhan” – Linda Boyle • Ubat sesuai bantu rawat kanser ariel@revonmedia.com Publishing Permit No: PP19292/03/2018 (034850) Published by: Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre, No. 12A, Jalan TP 5, Taman Perindustrian UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor DE Malaysia. Tel: +603-8025 1603 Fax: +603-8025 1637 Printed by: Percetakan Osacar Sdn. Bhd. No. 16, Jalan IDA 1A, Industri Desa Aman, Ke- pong, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6279 9474 /+603-6263 1856 Fax: +603-6280 6802 HAK CIPTA TERPELIHARA al-Siha al-Siha adalah sebuah akhbar kesihatan yang menyediakan maklumat mengenai isu kesihatan, perkembangan dan juga berita terkini dari dalam dan juga luar Negara. Bagi mendapatkan isi kandungan yang terbaik, al- Siha turut bekerjasama dengan pakar motivasi, pegawai kesihatan dan pakar perubatan, yang menyumbang artikel mengenai bidang kepakaran masing-masing. Segala maklumat yang disediakan adalah pengetahuan am, dan kami menyarankan pembaca untuk sentiasa merujuk pakar persendirian dan profesional bagi mendapatkan maklumat serta rawatan lanjut. Pihak penerbit dan editorial al-Siha tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan mahupun kehilangan yang disebabkan oleh maklumat yang diperoleh dari akhbar ini termasuk produk mahupun perkhidmatan yang diiklankan. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiar- kan dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit dan al-Siha.