al-Siha : May 2019 | Page 18

18 al-siha | Mei, 2019 pengLihaTan Visi 2020 Lindungi mata dari sinaran UV Pelindung matahari berfungsi melindungi kulit daripada sinaran ultraungu atau ultraviolet (UV) yang berbahaya. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa radiasi sinaran UV ini mampu memberi kesan tertentu kepada mata. Adakah dengan pemakaian cermin mata hitam sudah memadai untuk mengelak individu dari mengalami masalah penglihatan? a L-SIha menemui Presiden Persatuan Optometri Malaysia, Woon Pak Seong, Timbalan Naib Canselor, hal Ehwal Pela- jar dan Dekan Fakulti Sains Optometri dan Penglihatan Universiti Segi, Prof. Dr. azrin Esmady ariffi n dan juga Pengurus Jualan Kebangsaan Johnson & Johnson, Zoey Lam untuk mendapatkan lebih kepastian berkenaan keperluan lebih dari sekadar cermin mata hitam. KENALI JENIS RADIASI “Matahari mengeluarkan tiga jenis radiasi UV iaitu UV, UVa, UVB dan UVC. Bagaimanapun, UVC tidak menjadi ancaman kerana ia diserap oleh lapisan ozon. Namun, jika seseorang berada di lokasi lapisan ozon yang nipis atau kurang, maka perlu lebih berhati-hati. “radiasi UVC akan terus ke mata dan retina. Manakala, radiasi UVB pula lebih cenderung diserap oleh struktur dalaman mata dimana boleh mengakibatkan katarak pada mata, “jelas Dr. azrin. CERMIN MATA HITAM TIDAK MENCUKUPI Sekiranya anda salah seorang yang mempunyai tang- gapan bahawa cermin mata hitam dengan 100 peratus perlindungan UV itu selamat, anda perlu terima hakikat bahawa tanggapan anda salah sama sekali. realitinya, cahaya matahari datang dari pelbagai sudut dan tetap akan sampai ke bahagian mata. Menurut Zoey Lam, ramai yang percaya bahawa sinaran UV hanya datang dari arah hadapan sahaja dan cermin mata hitam yang dipakai kononnya sudah cukup untuk melindungi mata masing-masing. Katarak dan penyakit mata yang lain bukanlah terjadi dalam tempoh yang singkat sebaliknya ia mengambil masa. Oleh sebab itu, masyarakat perlu dididik akan kepentingan penjagaan mata sejak usia kanak-kanak lagi.” – Woon Pak Seong (Dari kiri) Prof. Dr. Azrin Esmady Ariffi n, Zoey Lam, Woon Pak Seong. Januari, pp19290/03/2018 (034852) Waspada Kecederaan terbakar dan melecur – m14 | — m16 www.sihatmalaysia.my Berdepan mudarat ostearthritis – m18 PLUS: 2019 IJN pusat kecemerlangan jan pengime jantung adalah sejenis PET-CT Scan yang menggabungkan sebagai dikenali pengimbas bahan radioaktif atau radiotracer, untuk komputer radiofarmasiutikal khas dan yang tidak normal kamera sesuatu – m09 tubuh badan. mengesan di dalam www.sihatmalaysia.my Awas! Terlalu aktif rosakkan jantung aktiviti Benarkah fizikal boleh menjejaskan kesihatan? – m04 Pemindahan jantung selamatkan Norshafina detik-detik Berdepan dalam menakutkan apabila hidupnya menjalani terpaksa pembedahan jantung pemindahan tinggi. yang berisiko – m06 Sonya dihina kerana vitiligo udara bersih hak kita punca kematian enggunaan tembakau adalah bukan sahaja yang boleh di cegah. Merokok sendiri, malah membahayakan perokok itu mengancam turut pendedahan asap sekunder berhak untuk bernafas kesihatan awam. Setiap orang asasi kita. al-Siha dan udara bersih adalah hak Biru untuk memberi menyokong Kempen Riben dan juga bukan perokok maklum kepada perokok mengenai bahaya asap tembakau. — m09 P “Namun sebenarnya, sinaran UV tetap datang dari sisi atas, bawah, kiri dan kanan. Ini dipanggil kesan fokus periferal cahaya dan ia sangat bahaya kepada mata kerana cahaya matahari boleh sampai terus ke dalam mata dan membahayakan,”jelasnya. “Ia sekaligus boleh mengakibatkan terjadinya katarak di usia tua. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang terdedah kepada sinaran UV yang tinggi dalam tempoh tertentu, ia juga boleh mengakibatkan terjadinya katarak di usia yang lebih muda. Cermin mata hitam sebenarnya pelindung mata dari sinaran UV yang sangat baik sekiranya cahaya hanya diperoleh dari depan sahaja. Namun, memakai kanta lekap yang dilengkapi dengan perlindungan sinaran UV bersama cermin mata gelap pada satu-satu masa adalah disarankan. Woon Pak Seong berkata, katarak dan penyakit mata yang lain bukanlah terjadi dalam tempoh yang singkat sebaliknya ia mengambil masa. Oleh sebab itu, masyarakat perlu dididik akan kepentingan penjagaan mata sejak usia kanak-kanak lagi. — al-Siha