al-Siha : May 2019 | Page 17

Mei, 2019 | al-Siha pena pakar 17 Tips penjagaan luka episiotomi terbuka Bidan diiktiraf Oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan S ecara ringkas boleh saya huraikan luka atau koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis: Tahap 1 – Luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj Tahap 2 – Luka melibatkan otot dalam, tetapi tidak melibatkan otot injap pada lubang dubur Tahap 3 – Luka yang melibatkan koyakkan otot injap dubur (sama ada external atau internal sphincter) Tahap 4 – Luka melibatkan koyakkan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam (anorectal mucosa) Maka selepas bersalin, doktor atau jururawat akan menilai terlebih dahulu jenis luka. Bagi luka yang boleh dijahit, maka akan dijahit oleh jururawat sendiri. Cuma luka yang bermasalah atau agak kompleks akan dijahit oleh doktor. Koyakkan tahap 3 dan tahap 4 ini dikelas- kan sebagai koyakan teruk kerana melibatkan lubang dubur. lubang dubur dianggap kotor dengan pelbagai bakteria. Jika tidak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar pada luka menyebabkan luka episiotomi lambat sembuh akibat jangkitan kuman. Tips penjagaan untuk mengelakkan luka episiotomi mengalami jangkitan/terbuka: . Memastikan kawasan perineum bersih kerana darah nifas serta air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka dibersihkan samaada dengan air suam, atau dengan ubat sapu yang telah dibekalkan oleh pihak hospital.  Elakkan menyapu benda lain seperti serbuk man- jakani, minyak gamat atau serbuk kunyit pada perineum kerana tidak diketahui tahap kebersihan bahan-bahan ini. Sesetengah bahan boleh menyebabkan tindak balas 1 terhadap perineum ( tissue reaction ) sekaligus melam- batkan proses penyembuhan. Ada bahan yang boleh menyebabkan alergi. . Elakkan dari masalah sembelit kerana sembelit akan memberikan tekanan di bahagian perineum semasa meneran dan ini akan menyebabkan luka terlerai atau terbuka. Minum air yang mencukupi dan makan banyak makanan berserat tinggi seperti sayuran serta buah buahan bagi membantu pelancaran proses pembuangan najis. Kalau masih mengalami sembelit, doktor akan mem- berikan ubat pelawas najis atau ubat pelembut najis untuk mengurangkan sembelit. . Senaman lantai pelvik ataupun juga dikenali sebagai senaman kemutan (Kegel Exercise) boleh dilakukan secara rutin. Ia akan membantu dalam pelancaran darah di vagina selain akan membantu dalam proses penyembuhan luka. .Perhatikan tentang tanda-tanda jangkitan kuman, seperti; i) Kemerahan pada kulit atau tempat jahitan ii) Bengkak pada luka episitomi – boleh disebabkan oleh darah beku yang terkumpul iii) Amat sakit, lebih-lebih lagi ketika berjalan ataupun tidak boleh duduk sekalipun disebabkan sakit. iv)Pengeluaran lendiran yang berbau v) Demam Segeralah ke hospital dan maklumkan kepada juru- rawat yang melawat di rumah. * Luka boleh diperiksa dengan menggunakan cermin. Atau minta bantuan suami untuk melihat luka episiotomi . Pakai seluar dalam dari jenis kapas yang boleh menyerap peluh bagi mengelakkan kelembapan di perineum. . Tukar pad dengan kerap dan lap kering perineum setelah ke tandas. . Cuci perineum DARI DEPAN KE BELAKANG (perineum ke anus) bagi mengelakkan flora pada anus menjangkiti luka episiotomi. . Elakkan dari mencangkung. Seeloknya gunakan tandas duduk bagi mengelakkan regangan pada luka episiotomi. Dengan penjagaan yang teliti, luka episiotomi masih lagi berpotensi untuk terkena jangkitan dan boleh terbuka. Jika luka terbuka setelah diperiksa oleh doktor atau 2 3 4 5 6 7 8 jururawat rawatan akan diberikan mengikut tahap luka terbuka. Antibiotik akan diberikan terlebih dahulu dan luka yang terbuka mungkin perlu dicuci dan dibersihkan dari masa ke masa. Kebiasaannya selepas seminggu dua, dan setelah antibiotik dihabiskan, luka episiotomi akan diperiksa semula. Jika luka masih besar dan perlu dijahit semula, bius setempat akan diberikan dan luka akan dijahit semula. Jika luka sudah hamper sembuh sebahagiannya, dan hanya sedikit sahaja terbuka, misalnya pada bahagian kulit, luka tidak perlu dijahit semula. Luka itu akan sembuh dan bercantum dengan send- irinya tanpa perlu dijahit. Cuma perlu penjagaan rapi dan luka perlu bersih senantiasa. Jika sudah dijahit untuk kali kedua dan didapati luka itu masih lagi terbuka – ada beberapa kemungkinan. Ber- lakunya jangkitan kuman yang baharu ataupun jangkitan kuman yang terdahulu masih belum habis dirawat. Ber- gantung kepada keadaan luka dan pemeriksaan doktor ketika itu, luka ini kadang-kadang perlu dijahit semula ataupun dibiarkan sembuh dengan sendirinya dengan pemantauan dari semasa ke semasa. — al-Siha produktiviti 6.Faedah lain dan insentif  Faedah-faedah lain seperti bayaran perubatan, elaun perumahan, bonus tahunan, bonus perayaan dan seb- againya merupakan antara perkara yang juga diambilkira dalam memilih kerja atau memutuskan untuk bertukar kerja.  Walaupun gaji yang diterima lebih rendah tetapi sekiranya insentif-insentif sebegini wujud maka ia sudah cukup membuatkan seseorang pekerja merasa puas kerana merasakan sumbangan mereka dihargai. waktu kerjanya fleksibel.  Mereka ini biasanya terlibat dalam bidang jualan kerana dipihak majikan yang pent- ing bukanlah berapa jam masa mereka berada di pejabat sebaliknya berapa banyak jualan yang dibawa kepada syarikat setiap bulan.  Lagi banyak jualan lagi bagus meski pun masa mereka berada di pejabat kurang. 8. Peluang untuk maju Tiada seorang pun yang suka berada pada satu takuk selama-lamanya.  Semua orang mahukan kenaikan pangkat, peningkatan dalam kerjaya, peluang menyam- bung pelajaran, tanggung jawab yang lebih besar dan sebagainya.  Oleh itu majikan perlu fikirkan sesuatu bagi memenuhi kepuasan ini bagi menjana keseronokan bekerja. 9. Gaji dan upah  Ramai yang selama ini menyangkakan bahawa kepuasan bekerja letaknya pada gaji dan upah yang lumayan.  Haki- kat sebenar adalah sebaliknya. Tidak ada ertinya gaji yang tinggi apabila anda tidak punya masa bersama keluarga, tidak sempat bersosial, tiada masa rehat dan suasana kerja yang tegang.  Gaji dan upah lumayan hanyalah hanya memberikan kepuasan jangka pendek sahaja dan bukannya jangka panjang. 7. Waktu kerja yang fleksibel  Ada orang seronok bekerja di sesebuah organisasi kerana 10. Saiz organisasi  Ada segelintir orang yang bekerja kerana organisasi Namun jaminan kerja tiada sebarang makna apabila kita tidak seronok bekerja disebabkan faktor-faktor yang lain seperti tempat kerja yang tidak harmoni, komunikasi yang hambar serta bidang tugas yang membosankan. 5.Rangsangan kerja  Kita seronok bekerja apabila kebaikan yang dilakukan sering dipuji, pengorbanan dihargai, kenaikan pangkat yang telus, idea diterima, latihan diberi, suasana tempat kerja kondusif dan sebagainya.  Semua ini akan mem- berikan kita rangsangan bagi meningkatkan prestasi pekerjaan dan kualiti hasil. tempatnya bekerja memmpunyai bilangan pekerja yang ramai serta nama yang besar.  Biasanya, saiz organisasi bukanlah faktor utama dalam mencari keseronokan bekerja. 11. Latihan dan motivasi berterusan Ramai majikan yang merasakan pelaburan modal insan sebagai perkara kecil dan tidak penting.  Cara fikir sebegini ternyata silap.  Di mana-mana juga negara maju, pelaburan modal insan diberikan keutamaan dan perhatian yang serius.  Pekerja perlukan idea, semangat, ilmu, skil dan pendekatan baru untuk kekal bermotivasi. — al-Siha