al-Siha : May 2019 | Page 15

MEI, 2019 | al-Siha ISU 15 Ubat sesuai bantu rawat kanser Menerusi kajian genetik, pesakit boleh mendapatkan rawatan yang tepat dan berkesan R “Kematian di tangan Tuhan” – Linda Boyle B AGI kebanyakan pesakit kanser, murung, letih dan lesu sentiasa mejadi peneman hingga ke akhir hayat. Namun, tidak bagi Linda Boyle,89 tahun yang mampu hidup dengan penuh kegembiraan dan keceriaan selepas disahkan menghidap kanser tuberculosis tiga tahun lalu. “Saya disahkan mengidap kanser tiga tahun lalu apabila saya mengalami detak jantung yang tidak sekata. Saya kemudiannya ke hospital dan doktor telah menjalankan ujian CT-Scan. Daripada ujian itu, doktor mengesyaki saya memiiki tubercolasis. “Saya sangat terkejut ketika itu dan tidak percaya. Lantas ujian CT-Scan kali kedua dilakukan semula oleh Pakar Intervansi Kardiologi dan Ketua Runding Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Imran Zainal Abidin. “Doktor memberitahu, saya menghidapi kanser paru-paru tahap empat dan memaklumkan saya hanya mempunyai masa tiga hingga enam bulan untuk hidup. Apa yang perlu saya buat dalam tempoh yang begitu singkat? “Saya kemudiannya menghubungi kesemua anak-anak saya yang tinggal di luar negara memaklumkan keadaan kesihatan saya ketika itu. Masing-masing mula risau dan pulang ke tanah air. Namun, mereka terkejut melihat saya yang ketika itu masih begitu kuat ke sana sini tanpa menunjukkan sebarang kesakitan seperti terbaring lesu dan sebagainya. “Anak-anak saya sehinggakan bergurau mungkin doktor tersilap melihat atau tertukar keputusan orang lain. Sebenarnya, saya tidak risaukan kanser yang saya hadapi selagi mana saya dapat bersama anak-anak dan cucu-cucu saya. SINOPSIS KANSER “Ketika mula-mula pemeriksaan dijalankan, kanser saya berada di tahap 376 dan menurun ke paras 100 selepas rawatan. Malangnya, ia kemudiannya kembali naik semula. Melihat keadaan itu, Pakar Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Liam Chong Kin kemudiannya mengambil darah saya dan menghantarnya ke Hong Kong kerana di sana terdapat ubat daripada AstraZeneca. “Mereka memanggil saya untuk mencuba ubat berke- naan. Dan paras kanser saya menurun kepada 5.8 dimana orang biasa pula diparas 2.8 sahaja selepas mencuba ubat berkenaan. Saya sangat bersyukur kerana ia turun hampir ke paras normal. Dalam masa yang sama, ramai memberi- tahu saya tidak kelihatan seperti berusia 90 tahun,” katanya. “Saya tiada rahsia. Cuma saya merupakan seorang yang sentiasa positif. Saya lakukan yang terbaik bukan kerana saya mahu mencegahnya tetapi di usia yang sebegini saya percaya kematian terletak di tangan Tuhan,” jelasnya. — al-Siha AWATAN adalah satu cara memusnah- kan penyakit. Bagi kebanyakan pesakit kanser, rawatan adalah melibatkan pembedahan, ubat, kemoterapi dan radioterapi dimana mendatangkan kesan sampingan. Walau bagaimanapun, setiap rawatan ini tidak memberi kesan yang sama kepada setiap pesakit. Sebaliknya, ada diantara mereka yang tidak mendapat tindak balas yang positif meskipun melalui kesemua kaedah rawatan yang disediakan. Malah, ada antara mereka yang mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk meskipun baru beberapa kali menjalani sesi rawatan. Pesakit-pesakit yang mendapat tindak balas positif bukan bermakna mereka melalui satu siri rawatan yang berbeza berbanding pesakit yang menerima tindak balas negatif. Akan tetapi, ia mempunyai kaitan antara kelainan genetik bagi setiap individu. RAWATAN GENETIK ASAS RAWATAN TERBAIK Pengarah Institut Biologi Molekular Perubatan UKM (UMBI), Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal menjelaskan, ubat yang tepat atau ‘precision medicine’ merupakan rawatan terbaik bagi pesakit kanser. “Hakikatnya, setiap individu memiliki tindak balas yang berbeza terhadap ubat atau rawatan. Ini disebabkan oleh enzim-enzim di dalam badan yang memotabolismakan ubat. Sesetengah individu mungkin mempunyai enzim yang lebih aktif dan sesetengahnya mungkin mempunyai enzim aktif yang lebih rendah. “Sebagai contoh, ubat epilepsi dan neuropati yang dipanggil carbamazepine (Tegretol). Jika pesakit mempunyai varian genetik tertentu, mereka berisiko tinggi mengalami ruam yang teruk setelah mengambil ubat berkenaan. Malah, lebih buruk lagi ia mungkin boleh membawa maut sekiranya pesakit memiliki varian genetik dari kumpulan yang lain pula. “Kesan buruk ubat kepada pesakit dengan varian genetik tertentu ini sangat terkenal di Amerika Syarikat. Oleh itu, Food and Drug Administration (FDA) telah mewajibkan pesakit diuji terlebih dahulu sebelum membekalkan mereka dengan ubat-ubatan sedemikian. Inilah yang dikenali sebagai precision medicine dimana merupakan satu kaedah rawatan terbaik merawat pesakit. RAWATAN KANSER “Begitu juga dalam merawat penyakit kanser dimana tidak semua tumor akan bertindak balas dengan kemoterapi atau radioterapi. Kedua-dua kaedah rawatan ini bukanlah satu alat yang boleh merawat semua penyakit kanser. Kanser paru-paru misalnya, pesakit perlu mendapatkan ujian varian genetik yang dipanggil Esti- mated Glomerular Filtration Rate (eGFR) gen. Rawatan ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan varian genetik sama ada positif atau negative sebelum men- jalani rawatan seterusnya. “Kaedah ini merupakan satu cara untuk membantu doktor dalam memberikan rawatan yang betul kepada setiap pesakit. Menerusi ujian genetik ini, Prof. Dr. Rahman turut menerangkan tentang profil kanser dan ‘mutasi yang boleh berlaku’. Profi le kanser adalah bertujuan untuk melihat tumor kanser pada tahap molekul serta melihat bagaimana ia bermutasi. “Melalui kaedah ini, doktor dapat memberi rawatan yang bersasar sekiranya kanser pesakit berulang. Ia secara tidak langsung dapat memberi peluang penyembuhan sekali lagi. Prof. Datuk Dr. A Rahman menjelaskan ubat yang tepat atau ‘precision medicine’ merupakan rawatan terbaik bagi pe sakit kanser. PRECISION MEDICINE LANGKAH PENCEGAHAN Mungkin anda masih ingat pelakon Hollywood, Angelina Jolie yang mengambil langkah pencegahan dengan membuang payudara dan ovarinya kerana disahkan berisiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari akibat sejarah keluarga. Kanser payudara, ovari dan kanser kolon meru- pakan antara kanser yang terdedah secara genetik. Ini disebabkan oleh kewujudan sejenis gen tertentu di dalam tubuh yang berisiko tinggi untuk membina sel kanser. “Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang menderita kanser payu dara, ovari atau kanser kolon, anda seharusnya membuat ujian supaya mendapat rawatan yang lebih berkesan. DAPATKAN UJIAN “UMBI merupakan organisasi pertama yang menawarkan ujian genetik bagi ubat epilepsi di Malaysia. Kami melakukan ujian secara mendalam dan menawarkannya kepada ahli pediatrik dan pakar neurologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebelum ia dibuat lebih meluas menerusi Kementerian Kesihatan. “ “Walau bagaimanapun, ujian ini agak mahal, oleh itu ia tidak sesuai untuk semua orang. Kos yang tinggi ini bukan hanya melibatkan ujian genetik sahaja, sebaliknya ia turut meliputi beberapa prosedur lain. Antaranya, pemantauan lebih terperinci terhadap potensi kanser, inhibitor untuk mengecilkan tumor kanser dan pembedahan yang memerlukan kos yang tinggi. “UMBI telah berusaha menunjukkan manfaat precision medicine dan menjadikannya pilihan utama bagi pesakit. Secara asasnya, kos rawatan adalah sangat berbaloi dalam jangka masa panjang sekiranya pesakit tahu keadaan penyakit mereka boleh dikurangkan dengan ketara. “Precision medicine boleh mengubah cara rawatan sedia ada. Malah ia juga turut membantu mencegah penyakit berbanding memberikan rawatan biasa,” jelasnya. — al-Siha