al-Siha : May 2019 | Page 14

14 al-Siha | MEI, 2019 ISU SUSUNAN NURUL FADHLIN CHE ISMAIL Dari ratu cantik ke wanita besi S IAPA sangka bekas Ratu Cantik Malaysia, Genevieve Sambhi yang sebelum ini aktif bersenam dan menjaga pemakanan disah- kan menghidap kanser pangkal rahim ketika berusia 35 tahun. Walaupun kini Genevieve sudah bebas dari penyakit itu, namun dia terus aktif memberi kes- edaran kepada masyarakat menerusi Nasional Cancer Society Malaysia (NCSM). Ikuti kisahnya. Suatu hari selepas menjalani ujian pap smear, bapa Genevieve yang merupakan seorang pakar ginekologi menghubunginya memaklumkan keputusan ujian tidak normal dan ujian lanjut perlu dijalankan segera. “Saya sangat terkejut dan takut. Adakah itu kanser? Adakah saya akan mati?” pelbagai persoalan tanpa jawapan berlegar di benak fi kiran. Keesokannya Genevieve bersetuju untuk menjalani ‘cone biopsy’ dan mendapati terdapat ketulan cyst di pangkal rahimnya. Pembedahan perlu dijalankan segera untuk membuang ketulan berkenaan. Lantas, Genevieve dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Semuanya berjalan lancar. Namun, selepas 10 hari menjalani pembedahan Genevieve tiba-tiba menderita ‘haemorrhage’ dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Ketika itulah, ujian yang dijalankan mendapati Genevieve menghidap kanser. TERPAKSA AKUR Kanser merebak terlalu cepat dan cara rawatan paling sesuai adalah pembedahan hysterectomy. Ketika mendapat berita itu, Genevieve tidak dapat menerima hakikat. Walaupun sudah memiliki sepasang cahaya mata, namun Genevieve masih mahukan zuriat meman- dangkan usianya juga masih terlalu muda ketika itu. “Walaupun saya sukar menerima hakikat, namun saya tidak boleh mati di usia semuda itu. Anak-anak saya masih kecil. Mereka memerlukan saya. Oleh itu, saya perlu kuat dan harus menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, pembedahan hysterectomy tidak dijalankan serta-merta kerana Genevieve masih belum sembuh daripada pembedahan ‘haemorrhage’ yang dialaminya beberapa minggu sebelum itu. Seba- liknya, dia diberi masa tiga hingga empat minggu untuk Keturunan punca Mazwin kanser payudara OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL B EKERJA sebagai ‘pembancuh ubat’ kanser di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur, tidak mengecu- alikan Mazwin Mohd Radli dari turut menghidapi penyakit kanser payudara tahap dua. Berkongsi pengalaman ketika mula-mula didiagnos empat tahun lalu, Mazwin mengakui tidak pernah menjalani sebarang ujian pengesanan awal meskipun bekerja di hospital. Sebaliknya menemui benjolan keras di payudara sebelah kiri secara tidak sengaja ketika berada di rumah. “Benjolan itu saya temui secara tidak sengaja ketika hendak tidur pada satu malam. Rasa tidak sedap hati membuatkan saya tidak dapat tidur dan mahu segera berjumpa doktor. “Keesokan hari saya bekerja seperti biasa kerana tiada sebarang kesakitan. Sehinggalah saya berjumpa doktor pada petangnya. Lantas, doktor menjalankan pemerik- saan. Semuanya saya lakukan termasuklah memogram, ultrasound dan biopsi. Barulah doktor mengesahkan ia adalah kanser. “Namun, saya tidak diberitahu di peringkat mana kerana perlu menjalani pembedahan terlebih dahulu. Lalu, saja menjalani pembedahan Lumpectomy untuk membuang lump di kiri payudara dan mendapati ia di tahap dua. “Pada waktu itu, umur saya 34 tahun dan dikategori- kan sebagai berisiko tinggi. Lantas, rawatan kimoterapi dan radioterapi dijalankan. Namun, keadaan saya agak kritikal dan doktor mencadangkan saya menjalani target terapi kerana sel kanser agak agrasif. “Sehingga kini sudah empat tahun saya menghidap kanser. Tetapi, Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan sel kanser saya juga tidak mengganas,” jelasnya sambal ketawa. PENERIMAAN KELUARGA “Walaupun saya bekerja di hospital dan sering berurusan dengan pesakit-pesakit kanser, namun tidak mudah kembali semula ke hospital bagi menjalani pembedahan berkenaan. SOKONGAN KELUARGA Sebelum menjalani pembedahan, Genevieve ditemani oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sebagai tanda sokongan. Seminggu kemudian, Genevieve dibenarkan pulang. Namun, malangnya sekali lagi dia mendapat berita sel kansernya telah merebak ke bahagian tertentu dan Genevieve memerlukan rawatan kimoterapi dan radioterapi. Kanser yang dihidapi Genevieve sangat agresif. Ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk berkembang. Tetapi dalam kes ini, Genevieve hanya memperoleh dalam tempoh kurang setahun. RAWATAN SUSULAN Kimoterapi bukan sesuatu yang mudah. Dia terpaksa berhadapan dengan kesan sampingan yang sangat teruk. Muntah, cirit-birit dan rasa terbakar pada kulit. Namun, semua itu dapat dilalui dengan baik apabila sokongan keluarga tidak pernah luput dari kamus hidupnya. Anak perempuannya yang ketika itu baru berusia empat tahun juga seolah-olah sangat memahami dan mengambil berat tentang dirinya. “Hingga kini saya sebenarnya berasa terkilan dan berharap dia tidak melihat keadaan saya. Namun, harapan saya apabila dia sudah mencapai usia matang untuk divaksinkan, saya akan pastikan dia mendapat yang terbaik untuk dirinya supaya dia tidak merasa apa yang saya rasakan. Hakikatnya, Genevieve sangat bersyukur kerana sel kanser itu dapat dikesan awal melalui ujian pap smear yang dijalankannya. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi. Bagaikan mati hidup semula, Genevieve tidak mahu mengsia-siakan hidupnya kini. Dengan sisa hidup yang masih berbaki ini, dia menggunakannya sebaik mungkin dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran kanser servik, kepentingan ujian pap smear dan vaksinasi. “Dengan menyebarkan kesedaran, kita dapat mengubah stigma disamping mendidik wanita, anak gadis, suami, abang, ayah dan kawan-kawan,” jelasnya. — al-Siha untuk saya berdepan dengan perkara ini. Namun, saya redha. Cuma risaukan keluarga dengan anak-anak yang masih kecil. “Anak-anak saya juga masih terlalu kecil pada waktu itu. Yang bongsu baru berusia tiga tahun dan sangat memerlukan saya hampir setiap masa sedangkan saya sakit. Di situlah kekuatan saya hadir. Saya perlu sihat demi anak-anak saya. “Saya akui untuk melawan penyakit ini, kita tidak boleh berseorangan. Saya bersyukur, suami saya banyak memberi sokongan kepada saya. Begitu juga keluarga yang sentiasa mengambil berat keadaan saya sehingga ke hari ini. “Hospital tempat saya bekerja juga begitu. Walaupun sudah empat tahun saya menderita penyakit ini, namun pihak hospital tidak pernah jemu menaja rawatan serta terus memberi peluang untuk saya bekerja di sana. Sokongan mereka memberi kekuatan kepada saya juga. PERCAYA DARI KETURUNAN Dalam pertemuan bersama Mazwin dalam majlis pelan- caran Gabungan Ubat Kanser Perjeta-Herceptin anjuran Roche baru-baru ini, Mazwin mengakui percaya bahawa kanser yang diperolehinya berpunca daripada keturunan dan bukannya pemakanan atau tekanan. “Saya percaya kanser payudara yang terjadi kepada saya berpunca daripada keturunan kerana ibu saudara saya sebelah ibu turut mendapat kanser payudara. Manakala, sepupu perempuan saya sebelah ibu juga menderita kanser pangkal rahim. Oleh itu, ketika mendapat perkhabaran ini, Mazwin mengakui tidak terkejut. Sebaliknya, bimbang keadaan anak-anak dan suami ketika dia terlantar. “Kini walaupun sel kanser saya tidak mengganas, namun saya masih perlu menjalani rawatan susulan untuk memastikan ia tidak memburukkan keadaan. Saya juga perlu waspada dengan tekanan dan perlu mengelak- kannya kerana tekanan mampu mengaktifkan sel kanser,” jelasnya tersenyum.— al-Siha