al-Siha : May 2019 | Page 12

12 al-Siha | Mei, 2019 ISU: kesihatan MENTAL Latihan untuk kembali kepada masyarakat Yayasan Kesihatan Mental menyediakan ruang selamat untuk pesakit mental menyertai masyarakat menerusi terapi dan masakan Y Kelas memasak untuk orang kurang upaya mental di MHF bertujuan menyemai kemahiran berharga dalam diri mereka untuk menyara kehidupan mereka. Terurus boleh bertukar menjadi buruk ayasan Kesihatan Mental Malaysia (MHF) adalah pertubuhan bukan ber- asaskan keuntungan yang menyokong individu berdepan isu kesihatan mental di Malaysia. Pertubuhan ini telah berop- erasi hampir 20 tahun. Pengasas Bersama dan Pengarah MHF, Datuk Dr. Abdul Aziz Abdullah memberitahu bahawa MHF mempunyai dua peranan. “Fungsi MHF yang pertama mempromosikan isu berkaitan kesihatan mental dalam kalangan masyara- kat. Ini termasuk isu daripada bagaimana untuk mengekalkan kesejahteraan mental sehinggalah kepada cara bagaimana masyarakat umum boleh lebih menerima mereka yang menghadapi masalah mental. “Fungsi kedua MHF adalah untuk menyokong mereka yang mengalami masalah mental ini menerusi pemulihan psikososial,” tambah Datuk Dr. Abdul Aziz. TIDAK DITERIMA BAIK Datuk Dr. Abdul Aziz menekankan stigma sejak sekian lama terhadap golongan pesakit mental dan juga individu yang menghadapi masalah kesihatan mental yang lebih ringan. Katanya kebanyakan mereka tidak diterima dengan baik oleh masyarakat. “Ini sebabnya kami percaya betapa pentingnya untuk mengadakan program pemulihan. Ia cara untuk mereka menjadi ahli yang menyumbang kepada masyarakat.” Dengan menyatakan bahawa, kesedaran dan penerimaan terhadap mereka yang menghadapi isu kesihatan mental jelas bertambah baik sejak bertahun lalu. Beliau percaya rakyat Malaysia kini lebih menerima dan empatetik sejak pendedahan pertama negara terhadap isu dan penyakit kesihatan mental. LATIHAN UNTUK TAMBAH BAIK MHF mengakui tidaklah begitu aktif dalam aktiviti berkaitan kesihatan mental seperti mana yang mereka inginkan. Per- tubuhan ini telah berusaha ke arah mencipta kesedaran dan sokongan yang lebih baik untuk diri mereka dan juga individu terjejas yang mereka perjuangkan. Namun, usaha yang telah mereka jalankan pastinya kearah memperbaiki kehidupan ramai orang. “Program latihan utama yang kami anjurkan secara berterusan adalah kulinari. Menerusinya kami menyediakan mereka dengan kemahiran memasak dan membakar dan mendorong mereka mencipta sumbangan berharga kepada masyarakat,”kata Datuk Dr. Abdul Aziz. Program latihan kulinari membabitkan tempoh masa tiga ke empat bulan bulan kelas memasak dan membakar yang dijalankan di ibu pejabat MHF di Ampang. Program disertai oleh mereka yang cukup bersemangat kerana kebanyakan J umlah rakyat Malaysia berdepan isu kesihatan mental jelas terus meningkat. Tiga isu kesihatan mental didapati paling biasa dalam kalangan kita ialah tekanan jiwa, kebimbangan dan depresi. Berbanding penyakit mental yang lebih serius sep- erti skizofrenia atau kecelaruan bipolar, tiga yang diatas disifatkan lebih terurus. Namun, ketika kesedaran dan stigma melingkari isu kesihatan mental secara umum- nya masih jauh daripada yang diingini, keadaan yang lebih ringan ini boleh bertukar menjadi lebih buruk. GAGAL MENANGANI TEKANAN Profesor Madya Jabatan Perubatan Psikologi Univer- siti Malaya dan Perunding Psikiatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin memberitahu mengenai bagaimana tekanan berkai- tan kerja, kebimbangan dan depresi boleh bertukar menjadi kecelaruan psikologi yang teruk terutamanya apabila mereka yang mengalaminya tidak mendapat bantuan yang diperlukan. “Simpton paling biasa isu kesihatan mental adalah kerap tertekan dan gangguan tidur, dan ini boleh men- jadi petanda awal untuk seseorang itu mencetuskan isu lebih teruk seperti kecelaruan kebimbangan dan depresi,” kata Dr Amer. Masalah masa kini katanya adalah orang ramai tidak diajar teknik pengurusan tekanan yang betul. “Manusia perlukan paras tekanan tertentu untuk berfungsi secara normal, bagaimanapun jika mereka terdedah kepada tekanan yang kronik, ia boleh ber- tukar menjadi distres, dan mereka yang dalam distres biasanya berdepan daya tindak bermasalah kerana Prof Dr Amer menjelaskan bahawa stress boleh membawa kepada depresi dan depresi boleh membawa kepada isu kesihatan mental yang lebih parah. Simpton paling biasa isu kesihatan mental adalah kerap tertekan dan gangguan tidur, dan ini boleh menjadi petanda awal untuk seseorang itu mencetuskan isu lebih teruk seperti kecelaruan kebimbangan dan depresi.”