al-Siha : May 2019 | Page 11

Mei, 2019 | al-Siha ISU: kesihatan MENTAL MIASA-One Stop Center pesakit mental MIASA sebagai one stop center bagi pesakit mental mendapatkan bantuan, sokongan, penilaian, kaunseling, aktiviti kemasyarakatan serta kelas-kelas kerohanian agar pesakit dapat kembali kepada masyarakat sebagai individu berintegriti tinggi 11 platform supaya pesakit merasa dibantu, ‘empowered’ dan ada tempat untuk mereka. BANTU ELAK BUNUH DIRI “Hakikatnya, penyakit mental sama seperti penyakit fizikal yang lain. Namun, disebabkan ia tidak nampak secara kasar maka ramai yang menganggapnya sebagai tabu. Malah, akibat daripada stigma yang dilemparkan, ramai pesakit menangani penyakit mental sendiri dimana sukar untuk mereka mendapatkan jalan keluar kerana tidak mendapat sokongan dan bantuan yang diperlukan. “Adakalanya, pesakit memilih untuk mati kerana tidak sanggup menanggung kesakitan yang perit sebagai jalan keluar dari keadaan tersebut. Sedangkan ia merupakan tragedi yang boleh dielakkan sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan baik. “Statistik terbaru dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan satu juta orang mati akibat bunuh diri setiap tahun. Ini bermakna satu kematian bagi setiap 40 saat dan angka ini dijangka akan meningkat kepada satu kematian bagi setiap 20 saat menjelang 2020. “Bunuh diri adalah tiga penyebab utama kematian selepas penyakit jantung dan kanser. Kemurungan dan penyalahgunaan dadah serta alkohol menyumbang kepada lebih dari 90 peratus kes bunuh diri. “Pada tahun 2011, satu dari 10 orang dikatakan mempunyai penyakit mental. Namun pada 2016, ia telah meningkat daripada satu kepada lima orang. Di Malaysia, bilangan pesakit mental ialah 1:200 000 orang. “Perkara ini sebenarnya hanya akan berhenti dengan pertolongan masyarakat disekeliling yang memberi bantuan dan sokongan kepada mereka. “Masalah mental bukan kelemahan, bukan benda yang perlu disorok dan dimalukan sebaliknya ia adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat. Inilah peranan MIASA dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bagi menghentikan stigma sekaligus menghalang gejala bunuh diri. ONE STOP CENTER Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail S ama seperti penyakit lain, penyakit mental juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Daripada golongan berpendidikan tinggi, dewasa hingga kepada kanak-kanak. Ia tidak mengenal usia. Penyakit mental dijangka akan menjadi penyakit kedua tertinggi di Malaysia pada tahun 2020. Sedar peningkatan pesakit mental semakin mem- bimbangkan di Malaysia, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula tumbuh bagai cendawan untuk membantu dan memulihkan golongan ini dari terus berada dalam stigma negatif masyarakat. Antaranya Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA). MIASA ditubuhkan oleh pesakit dan digerakkan oleh pesakit. Organisasi ini disokong oleh klinikal psikiatri dan spiritual (perawat) sejak dua tahun lalu. Menurut Presiden MIASA, Anita Abu Bakar, organisasi ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu golongan pesakit mental yang memerlukan sokongan dan ban- tuan. Ia bermula daripada pengalaman Anita sendiri yang bergelut dengan penyakit mental lima tahun lalu yang akhirnya mencetuskan idea untuk menubuhkan organisasi ini. “Dengan pengalaman saya yang memerlukan sokon- gan dan bantuan akibat penyakit ini, telah membawa saya menubuhkan MIASA. Dengan harapan, mereka yang sedang mengalami ganguan mental tidak keseorangan ataupun berputus asa kerana penyakit ini boleh dirawat dan disembuhkan. “Penyakit mental sering dianggap ringan dan kurang mendapat perhatian sewajarnya. Oleh itu, saya mahu perjuangkan golongan ini dengan mewujudkan sebuah Anita Abu Bakar, sentiasa bersedia untuk mereka yang memerlukan bantuan MIASA. “Di MIASA kami menggunakan kaedah rawatan holistik yang dipanggil sebagai Therapiutik Assessment. Bukan hanya klinikal tetapi juga spiritual kerana kami percaya bahawa spiritual sangat penting untuk penyembuhan. “Kaedah rawatan ini dibuat bersama doktor psikiatri dan ustaz dimana pesakit akan dinilai sama ada benar- benar memiliki gangguan mental atau saka, sihir dan sebagainya. “Selesai sesi yang mengambil masa diantara 90 minit ke dua jam ini, ahli keluarga pesakit akan dipanggil bagi menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh penjaga untuk memudahkan proses menyembuhan. “Selain rawatan therapiutik, terdapat beberapa terapi lain seperti terapi art, workshop, kaunseling, program circle time untuk pesakit dan penjaga dan sebagainya. Harga bayaran pula adalah mengikut kemampuan masing-masing terutamanya bagi terapi therapiutik. Manakala, aktiviti-aktiviti lain pula hanyalah RM5 hingga RM35 sahaja. “Bagi pesakit yang buntu dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, dapatkan bantuan awal di sini. Kami menerima sesiapa sahaja yang merasakan memiliki gejala tekanan mental. Di sini kami sedia membantu dan berilah peluang kepada kami untuk membantu. Kami akan cuba semam- punya. Walk in sahaja,” jelasnya. SKIM INSURANS Menyentuh sedikit mengenai skim insurans di Malaysia, jelasnya permintaan untuk perlindungan insurans buat pesakit mental sebenarnya ada, cuma mereka takut berdepan stigma yang membebani mereka. “Masyarakat perlu menimba ilmu untuk memahami bahawa penyakit mental adalah satu penyakit yang sama dengan seperti penyakit fizikal yang lain. Memilih untuk tidak memberikan perlindungan insurans kepada mereka yang mempunyai penyakit mental adalah satu diskriminasi kerana kita tidak memberikan hak yang sepatutnya terhadap mereka. Kesihatan adalah hak semua. — al-Siha Adakalanya, pesakit memilih untuk mati kerana tidak sanggup menanggung kesakitan yang perit sebagai jalan keluar dari keadaan tersebut. Sedangkan ia merupakan tragedi yang boleh dielakkan sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan baik.”