al-Siha : June 2019 | Page 5

jun, 2019 | al-Siha BULETIN 05 Rabun dekat meningkat menjelang 2050 Johnson & Johnson Vision bekerjasama dengan Persatuan Optik Malaysia (AMO) bagi menangani masalah myopia dalam kalangan rakyat Malaysia Rabun dekat bakal meningkat menjelang 2050. M enjelang tahun 2050, dianggarkan lebih daripada 50 peratus populasi dunia akan mengalami masalah myopia atau rabun dekat. Statistik yang membimbangkan ini telah di- dedahkan dalam Institut Simposium Johnson & Johnson pada 10 Mei 2019 lalu. Simposium yang bertemakan ‘Small Contact Big Impact’ telah menampil- kan pakar-pakar optik bagi menerangkan tentang garis panduan amalan kanta lekap. Langkah perubahan Dr. Emma L. Gillies. Dr Oliver Woo. “Kajian menunjukkan dalam tempoh 31 tahun akan datang, hampir lima billion penduduk dunia mengalami rabun dekat. Ia dikatakan berpunca daripada perubahan faktor genetik dan alam sekitar yang berperanan mem- pengaruhi gaya hidup seseorang. “Sebagai pengamal penjagaan mata, kami percaya terdapat banyak pilihan penjagaan mata yang ada sekarang. Oleh itu, saya yakin kita mampu menangani masalah ini lebih awal. Sekiranya kita bertindak pantas, sekurang-kurangnya angka 50 peratus dapat diturunkan ke 40 peratus,” jelas Perunding Pengurusan Myopia dalam Pencegahan dan Kawalan, Oliver Woo Optometrist, Oliver Woo. “Ini merupakan satu usaha yang boleh dilakukan oleh ahli optik dalam membantu masyarakat ke arah peng- lihatan yang lebih baik,” tambahnya. Masalah mata kanak-kanak meningkat Woon Pak Seong. Jeremy Tay. “Masalah mata yang paling ketara adalah dalam kalangan kanak-kanak. Ini dapat dibuktikan melalui pengakuan guru-guru yang mengadu ramai dalam kalangan murid- murid sukar membaca dengan baik atau terpaksa ke Kajian menunjukkan dalam tempoh 31 tahun akan datang, hampir lima billion penduduk dunia mengalami rabun dekat. Ia dikatakan berpunca daripada perubahan faktor genetik dan alam sekitar yang berperanan mempengaruhi gaya hidup seseorang.” hadapan kelas untuk mengikuti pembelajaran,” jelas Presiden AMO, Woon Pak Seong. “Walaupun terdapat pemeriksaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, namun program itu hanya dilakukan sekali di sekolah rendah dan sekali lagi di sekolah menengah. “Oleh itu, kami sedang berusaha untuk melibatkan Kementerian Pendidikan bersama persatuan untuk me- latih guru-guru di sekolah tentang bagaimana cara untuk mengesan para pelajar yang mengalami masalah mata. Menuru Dr. Emma L. Gillies pula, masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia juga sama di Australia. “Saya sendiri telah menyaksikan sejumlah kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan. Saya berpendapat ia mungkin disebabkan oleh kanak-kanak itu sendiri tidak tahu tentang masalah penglihatan yang dialami. Oleh itu, kita perlu mendidik ibu bapa untuk mengesan sendiri masalah penglihatan yang dihadapi oleh anak-anak mereka,” jelasnya. Wajibkan pemeriksaan mata Pengarah Unit Perniagaan SEA, Johnson & Johnson, Jeremy Tay turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AMO. “Saya rasa banyak yang boleh dilakukan dalam sistem pendidikan di negara ini dimana memperuntukkan lebih banyak masa di luar serta menjadikan pemeriksaan mata sebagai wajib. Sebagaimana penekanan diberikan dalam akademik, begitu juga dalam isu kesihatan mata,” ujarnya. “Dari sudut penjagaan kesihatan, orang ramai selalu- nya menjalani pemeriksaan secara berkala. Begitu juga pemeriksaan gigi yang dijadualkan selama enam bulan sekali. Namun, bagaimana pula dengan kesihatan mata? Ini menunjukkan bahawa bukan hanya orang awam yang perlu dididik, tetapi kesedaran juga perlu ada di peringkat pimpinan. “Dalam masa yang sama, kita menganggap masyarakat tahu tentang kepentingan penjagaan mata. Hakikatnya, tidak ramai yang tahu. Namun, bagi yang sedar pula tidak tahu cara untuk mendapatkan akses terbaik dalam isu ini,” jelasnya. — al-Siha Industri penjagaan mata membawa Malaysia ke persada antarabangsa Zoey Lam Pakar optometri memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan mata kepada orang ramai terutamanya dalam penggunaan kanta lekap. Ini kerana, amalan pemakaian kanta lekap secara konsisten dapat membantu penglihatan rakyat Malaysia menjadi lebih selesa dan sihat. Walaupun kanta lekap boleh dibeli dan digunakan oleh sesiapa pun, namun sebenarnya terdapat Garis Panduan Penggunaan Kanta Lekap (CLPG). CLPG ini telah diwujudkan oleh Persatuan Optik Malaysia (AMO) dan Acuvue (R), Johnson & Johnson Vision bagi membantu pakar optik membuat pemeriksaan terperinci dan diagnosis sebelum memberikan priskripsi penggunaan kanta lekap yang sesuai dan selamat kepada pengguna. “Saya akui dari apa yang saya perhatikan, prosedur penjagaan mata di Malaysia yang bermula dengan terapeutik kepada pakar adalah setanding dengan garis panduan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Australia. Ia secara tidak langsung telah meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” akui Dr. Emma L. Gillies. “Sebenarnya CLPG ini memberi banyak kebaikan kepada orang ramai. Oleh sebab itu, bagus jika ada di antara penggiat industri yang mengambil kursus dalam bidang CLPG dan mengamalkannya,” tambah Woon Pak Seong. “Malaysia adalah salah satu negara di Asia yang mempunyai bilangan institusi optometri paling banyak. Buat masa ini kita mempunyai tujuh institusi yang menampung 200 optometris setahun. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kami meramalkan terdapat kira-kira 4,000 pakar optik, “ kata Pengurus Jualan Kebangsaan Johnson & Johnson Vision Care, Zoey Lam. “Banyak usaha keras telah dilakukan dan saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripadanya. Amalan ini telah dibawa ke negara-negara luar seperti Hong Kong, Taiwan dan beberapa negara lain. Ini bermakna, Malaysia kini telah berada di satu landasan yang sangat jauh, “ jelas Dr Oliver Woo.