al-Siha : June 2019 | Page 4

04 al-Siha | jun, 2019 BULETIN Ringkasan Varilux® meraikan 60 tahun lensa progresif inovatif Varilux @ , jenama global yang menggerakkan industri optik daripada bifokal ke kanta progresif meraikan inovasi selama 60 tahun pada tahun ini. Di Malaysia, Varilux menjadi tuan rumah bagi satu keraian untuk meraikan statusnya sebagai jenama lensa progresif nombor satu yang disyorkan oleh Profesional Penjagaan Mata. Pengurus Besar, Essilor Malaysia, Jean- Philippe Ho berkata Varilux® telah bergerak jauh sejak penubuhannya pada tahun 1959, dan kini ia adalah jenama lensa progresif nombor satu yang disyorkan oleh Profesional Penjagaan Mata. “Semua ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan yang kuat daripada rakan-rakan Profesional Penjagaan Mata dan keyakinan pengguna terhadap kami. Ini adalah testimoni yang kukuh untuk kami dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan ini,” katanya. Cooltopia, air penyejuk badan dengan kesegaran buah-buahan Kumpulan Wen Ken memperkenalkan Air Penyejuk Badan Cooltopia, produk kesinambungan daripada produk klasik Wen Ken iaitu Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga. Minuman perasa buah ini merupakan sebahagian daripada rangkaian air penyejuk badan di bawah jenama Cap Kaki Tiga. Cooltopia memberikan anda nikmat yang terbaik dari dua sudut yang berbeza, meningkatkan kesihatan dan juga dalam masa yang sama memberikan rasa sensasi yang segar dari buah-buahan. Ia menggabungkan fungsi penyejukan, tidak mengandungi bahan pengawet dan datang dalam dua perisa yang menarik: “Luscious Lychee” dan “Juicy Guava”. Direka dengan botolnya yang lebih ringan dan mudah dipegang, pelanggan boleh membawa Cooltopia kemana saja. Cooltopia boleh didapati di semua farmasi berdekatan, kedai perubatan Cina, kedai serbaguna, pasaraya, pasar raya besar dan kedai stesyen minyak. Layari laman web www.wenken.com untuk maklumat lanjut. Formulasi JOHNSON’S® Baharu JOHNSON’S® memperkenalkan JOHNSON’S® Baharu, rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0 peratus paraben, ftalat, sulfat dan pewarna. Pengarah untuk Pengguna, di Johnson & Johnson Malaysia, Prashant Mahalingam berkata kearah usaha menambah baik, pihaknya mendengar lebih dari 26,000 pendapat ibu bapa di seluruh dunia. “Hasilnya terhasillah produk penjagaan bayi JOHNSON’S® yang paling lembut,” katanya. Tambah beliau, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan di mana setiap produk JOHNSON’S® direka untuk memenuhi piawaian kawal selia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sementara itu, Pakar Pediatrik dan Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia Pacific, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata kulit bayi masih dalam proses perkembangan dan memerlukan pembersihan dan penjagaan yang rapi dan lembut. “Epidermis atau bahagian kulit paling luar bayi baru lahir adalah 30 peratus lebih nipis berbanding orang dewasa menyebabkankelembapan mudah hilang dan kering,” jelasnya. Oleh itu, ibu bapa perlu memilih pembersih yang lembut, tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap dan sihat. – al-Siha AstraZeneca meterai MoA tingkat pengurusan asma Farmasi CARiNG merupakan rangkaian farmasi pertama di Malaysia menyertai program Healthy Lung Malaysia Kempen MyAsthma akan meningkatkan pemahaman dan pengurusan pesakit asma. A straZeneca Malaysia telah mengadakan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan rangkaian farmasi CARiNG baru-baru ini untuk memeterai perjanjian perkongsian bagi meningkatkan kesihatan dan kehidupan pesakit asma. Perjanjian perkongsian ini menandakan pencapaian yang penting bagi Program Healthy Lung Malaysia, satu inisiatif daripada AstraZeneca Malaysia yang bertujuan meningkatkan kesedaran penyakit, membina keupayaan pengamal perubatan serta meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan. Selain itu, pesakit asma dan COPD di seluruh negara juga dapat meningkatkan pemahaman tentang penyakit dan rawatan yang berkesan. Presiden AstraZeneca Malaysia, Allen Patino berkata, pelancaran kempen MyAsthma adalah sebahagian dari- pada Program Healthy Lung yang menunjukkan komitmen pihaknya untuk meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan respiratori yang berkualiti tinggi di Malaysia. Tambah beliau, penggunaan inhaler berwarna biru secara berlebihan dan pergantungan kepadanya serta ketidakpatuhan dalam penggunaan inhaler anti-radang boleh membawa kesan yang berbahaya. “Asma adalah penyakit jangka panjang yang mengaki- batkan keradangan saluran pernafasan dan menyebabkan penyempitan laluan udara ke paru-paru. Selain itu, ada pesakit yang menggunakan inhaler dengan teknik yang kurang tepat menyebabkan penghantaran ubat yang tidak mencukupi ke paru-paru. Oleh itu, penyampaian pengetahuan mengenai penyakit asma dan penggunaan inhaler dengan betul amat penting supaya pesakit asma dapat mengelakkan dan mencegah risiko serangan asma,”katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy Retail Management Sdn Bhd, Chong Yeow Siang berkata pihaknya berbesar hati menjadi rangkaian farmasi per- tama di Malaysia yang berkerjasama dengan AstraZeneca Malaysia dalam kempen MyAsthma. – al-Siha Peperangan menentang Superbugs H asil daripada kaji selidik tempatan menunjukkan ancaman dalam peperangan menentang kerintan- gan antibiotik (AMR) Kerintangan antibiotik (AMR) atau fenomena di mana antibiotik menjadi tidak berkesan merupakan isu utama dalam dunia kesihatan global. Diterajui oleh Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dengan sokongan Pfizer, kempen “War Against Superbugs” telah membentangkan hasil kaji selidik tahap pengetahuan rakyat tempatan tentang penggunaan antibiotik yang bijak. Hasil kaji selidik berkenaan menunjukkan kepentingan penekanan terhadap pendidikan berkenaan AMR dan penggunaan antibiotik yang bijak kepada rakyat tempatan. Daripada 704 responden yang dikaji, didapati 86 peratus daripada mereka tidak mengetahui cara kerintangan anti- biotik terhasil. Setiap 1 daripada 3 responden yang dikaji juga mempunyai tanggapan salah yang antibiotik boleh digunakan untuk melawan semua mikrob, termasuk virus. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Peny- elidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Christopher Lee penekanan terhadap pendidikan boleh membantu cara pakar kesihatan mem- peruntukkan antibiotik, dan cara penggunaan antibiotik oleh pengguna boleh membantu melawan kerintangan antibiotik serta memastikan ia boleh digunakan oleh generasi masa depan. “Peperangan menentang Superbugs ini memerlukan Forum media yang membincangkan tahap kesedaran mengenai AMR di kalangan rakyat Malaysia. penyelarasan langkah kerjasama oleh pelbagai pihak, seperti penekanan dalam pendidikan awam, serta pelan di peringkat kebangsaan untuk memperkenalkan perubahan tabiat secara menyeluruh dalam sektor ini dengan serta merta,” katanya. Malaysia tidak terlepas daripada krisis kesihatan ini. Jumlah bakteria yang mempunyai rintangan tinggi ter- hadap antibiotik kian meningkat, dengan kadar setinggi 61 peratus. Ini bermaksud terdapat 61peratus kemung- kinan di mana antibiotik tidak akan berkesan untuk merawat para pesakit. – al-Siha