al-Siha : June 2019 | Page 28

28 al-Siha | JUn, 2019 JOM CERGAS Bersenam dapat menjadikan tubuh badan kita lebih bertenaga, otot-otot dan tulang lebih kuat serta pergerakan lebih ringan dan mudah. Pekerja cergas, bos suka! Kecergasan membawa maksud aktif, bersemangat, dan penuh tenaga. Menurut Maselka Masdon dari Elka and Elza Fitness and Lifestyle, orang yang cergas adalah orang yang rajin, kreatif , berfikir kehadapan, tidak mudah bosan dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. “Jika kita adalah seorang bos dan mempunyai pekerja, pekerja yang bagaimana kita harapkan? Pekerja yang cergas atau yang malas? Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa yang kita lakukan kita perlu sentiasa cergas dan bersemangat,”katanya. Berikut antara tips untuk kekal cergas: Makanan yang berkhasiat Perkara penting untuk kekal cergas adalah dengan memberi perhatian pada apa yang kita makan kerana makanan yang berkhasiat dan lengkap mampu menjadikan tubuh lebih sihat dan cergas. Kita harus lebih fokus kepada makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan segera, makanan yang beminyak, manis dan masin yang hanya akan menjadikan tubuh badan kita cepat letih dan lemah. Tidur yang cukup Kehidupan sekarang yang sangat sibuk untuk memenuhi keperluan hidup sehingga kita tidak memberi masa untuk badan berehat. Ini kurang adil kepada tubuh badan kita yang seharusnya mendapat enam hingga tujuh jam rehat kerana badan dan minda kita memerlukan tidur secukupnya untuk berfugsi sepenuhnya. Apabila kita tidur secukupnya, badan akan lebih sihat dan bersedia untuk menjalani hari yang baharu. Bersenam Bersenam dapat menjadikan tubuh badan kita lebih bertenaga, otot-otot dan tulang kita akan menjadi lebih kuat dan pergerakan kita lebih ringan dan mudah, peredaran darah yang lancar dan jantung yang kuat menjadikan kita seorang yang aktif dan lebih cergas. Kajian juga telah membuktikan dimana, apabila kita bersenam, badan kita akan mengeluarkan satu kimia yang dipanggil “endorphin”. Endorphin ini akan menjadikan kita berasa lebih bersemangat dan meningkatkan rasa seronok, disamping itu juga endorphin ini akan memberitahu otak kita bahawa kita mempunyai perasaan yang baik dan kita bersedia untuk menghadapi cabaran dengan sikap dan fikiran yang lebih positif. Rajin membaca Apabila kita rajin membaca, kita akan lebih berpengetahuan, dan ini akan menjadikan individu lebih kreatif untuk melakukan seuatu perkara, ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa seperti tidur, menonton televisyen, membuang masa di sosial media dan sebagainya. Disamping itu juga, dengan membaca, minda kita yang sering bergerak untuk berfikir dapat mengelakkan kita daripada menjadi seorang yang pelupa. Minium air secukupnya 60 peratus dalam tubuh badan manusia adalah air, dan apabila seseorang dapat mengekalkan hidrasi tubuh dengan baik, perkara ini sebenarnya memudahkan darah untuk menyampaikan nutrisi dan oxygen keseluruh tubuh badan. Pengambilan air yang cukup adalah sebanyak lapan gelas air kosong untuk sehari. Air tidak dapat dinafikan lagi antara sumber utama untuk manusia terus hidup. —al-Siha ELAK… Kesilapan dalam melakukan aktiviti harian boleh mengakibatkan kecederaan. Punca senaman gagal Memang nampak mudah, tetapi ada risiko yang perlu dititikberatkan K ebel akangan ini, kegiatan senaman menjadi satu trend yang semakin mendapat perhatian dari pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan warga emas. Rakyat Malaysia kini semakin sedar akan kepentingan senaman. Walaupun kesedaran terhadap kepentingan senaman semakin baik, namun, ramai yang gagal mendapatkan hasil memuaskan meskipun pelbagai kaedah dan teknik diamalkan sejak sekian lama. Di mana adakalanya impak latihan statik atau semakin merudum. Ini mungkin disebabkan beberapa kesi- lapan yang tidak disedari menyebabkan matlamat sukar dicapai. Melakukan senaman yang sama Sebelum memulakan senaman, selaraskan program senaman yang bersesuaian dengan tahap kemam- puan diri. Tingkatkan intensity, repetitions, sets, duration dan frequency bagi mengelakkan terlebih latihan sekaligus mengakibatkan kecederaan jangka pendek dan panjang. Dalam masa yang sama, ia juga dapat mencapai objektif latihan pada masa yang ditetapkan. Gangguan Sekiranya masih boleh berborak atau menyanyi semasa bersenam, ini menunjukkan anda tidak fokus sepenuhnya terhadap senaman. Abaikan seketika rakan dan telefon sepanjang sesi latihan. Masalah kesihatan seperti pening, sakit perut dan pakaian yang tidak selesa semasa melakukan senaman juga boleh menggangu prestasi. Rancang lebih awal dan buat persediaan yang rapi bagi mengurangkan gang- guan dalam latihan. Pelbagaikan senaman Tubuh biasanya lebih bersedia menerima cabaran dalam masa enam hingga lapan minggu pertama latihan. Ini bermakna latihan akan menjadi lebih mudah selepas tempoh berkenaan. Namun kesan- nya, prestasi akan menjadi statik dan semakin merudum. Bagaimanapun, bagi memastikan latihan Wan Mohd Hakim Wan Ismail, Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan, Universiti Selangor (UNISEL) yang dilakukan sentiasa memberi impak positif, pelbagaikan latihan dengan memasukkan elemen seperti latihan kardiovaskular, latihan kekuatan, latihan pecutan, latihan kestabilan dan fleksibel. Diet Dalam masa yang sama, semak dan sentiasa menam- bah baik rutin pemakanan agar sesuai dengan matlamat senaman. Latihan dan diet mestilah selari dan lebih kepada mengurangkan berat badan. ‘Workout Partner’ Rakan yang dibawa bersama dalam menjayakan aktiviti ini juga perlu mempunyai matlamat yang hampir sama. Mereka perlu sentiasa positif dalam melakukan latihan dan sentiasa saling nasihat mena- sihati dan bermotivasi untuk mencapai matlamat. Pakaian Etika berpakaian juga memainkan peranan kerana ia dapat membantu meningkatkan prestasi dari segi fizikal dan psikologi. Contohnya, kasut yang sesuai direka lebih ringan dan berspan dapat menyerap hentakan. Permukaan tapak kasut yang bergerigi juga membantu daya geseran. Manakala warna yang bersinar dapat memberi kesan pada mood. Ianya nampak biasa tetapi sebenarnya memberi kesan pada prestasi anda. — al-Siha