al-Siha : June 2019 | Page 25

JUN, 2019 | al-Siha tentang wanita 25 payudara terpaksa dibuang KIMOTERAPI YANG MENYIKSAKAN Hiba kemudiannya menjalani kimoterapi sebanyak enam kitaran dan kitaran pertama bermula pada Mac tahun yang sama. “Kesan kimoterapi pertama sangat menyakitkan. Saya jadi terlalu penat, lemah, muntah-muntah, tidak boleh menonton televisyen dan melihat skrin telefon bimbit selama seminggu. Rasa mulut juga seperti logam. Bila badan mula sakit, saya hanya mampu terbaring lesu di katil. “Kawan-kawan dan keluarga banyak memberi sokon- gan. Bila rambut saya gugur, teman lelaki saya yang kini sudah menjadi suami turut membantu mencukurkan rambut hingga botak. Mak cakap, saya kelihatan seperti Natalie Portman. Saya juga sempat dua kali membuat lukisan inai di kepala. “Saya juga turut mendapatkan bantuan dari kumpulan sokongan secara ‘online’. Rata-ratanya adalah bekas pesakit dan pesakit yang melalui pengalaman yang sama. Mereka sangat membantu dan sering memberi nasihat. “Akhirnya, selepas berjaya menghabiskan kitaran kimoterapi, ketumbuhan yang berukuran enam sentimeter berjaya mengecil menjadi 1.5 sentimeter sahaja. JALANI PEMBEDAHAN MASTEKTOMI Hiba bersyukur diberi peluang kembali sihat. Jelas Hiba, ketika menjalani pembedahan, dia sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk kehilangan payudara kiri. Namun selepas pembedahan, dia tercari- cari payudara kiri dan mula merasakan kehilangan. Akan tetapi terpaksa akur. “Saya tidak menjalani pembedahan untuk mengantikan semula payudara yang hilang. Ini kerana saya meresakan kehilangannya tidak menyebabkan saya menjadi separa wanita. Hakikatnya, jika seseorang mengenali dan menyay- angi kita sudah tentu kasih sayangnya tidak akan pudar walau bagaimanapun keadaan kita,” jelasnya. paru-paru saya mengalami kegagalan fungsi atau dikenali sebagai Collapsed Lung. Saya terkejut kerana tidak pernah mengetahui tentangnya sebelum ini dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh terjadi kepada saya. PUNCA COLLAPSED LUNG Nitya tidak menyangka batuk yang dialami petanda kanser. RAWATAN SEGERA Dalam perjalanan ke hospital, Nitya masih batuk teruk sehinggalah tiba di kaunter unit kecemasan. Melihat keadaan Nitya yang mencemaskan, para jururawat yang bertugas bergegas ke arahnya dan membawanya ke zon merah sebagai pesakit kritikal. “Jururawat yang menghampiri saya memberi kata-kata semangat meminta saya bertenang dan bernafas perlahan- lahan. Sambil mereka memberikan ubat, saya diberikan alat bantuan pernafasan dan keadaan kembali tenang sedikit demi sedikit. “Doktor yang datang merawat ketika itu cuba mendapatkan beberapa maklumat namun saya gagal menjawab punca yang menyebabkan saya batuk teruk dan sukar bernafas. Lalu, mereka menjalankan imbasan X-ray bagi melihat keadaan paru-paru. “Tidak berapa lama kemudian, doktor datang dan memberitahu keputusan X-ray. Mereka mendapati sebelah Collapsed Lung adalah keadaan dimana udara memasuki ruang pleura, kawasan di antara paru-paru dan dinding dada. Sekiranya collapsed di kedua-dua paru-paru, ia dipanggil Pneumothorax. Jika hanya sebahagian daripada paru-paru sahaja, ia dipanggil Atelectasis. Punca terjadinya keadaan ini disebabkan oleh radang paru-paru atau kanser paru-paru. “Saya kemudiannya ditahan di hospital Putrajaya untuk pemantauan rapi dan menjalani ujian CT-Scan. Malangnya, alat imbasan CT-Scan di Hopsital Putrajaya mengalami kerosakan dan saya terpaksa dihantar ke sebuah hospital lain yang berhampiran. “Keputusannya amat mengejutkan. Saya disahkan menghidap kanser hodgkin lymphoma. Pada waktu itu dunia seakan sudah berakhir. Saya sangat sedih, bimbang dan takut. Saya marah, kenapa saya yang patut menang- gung semua itu. Saya baru berusia 21 tahun dan sedang menikmati kehidupan. Hodgkin Lymphoma atau juga dikenali sebagai penyakit hodgkin atau lymphoma hodgkin merupakan kanser sistem limfatik. Ia biasanya bermula dalam nodus limfa di leher tetapi boleh juga terjadi di tulang selangka, ketiak, pangkal paha dan dada. SEL KANSER KEMBALI AKTIF “Saya kemudiannya menjalani rawatan kimoterapi selama enam bulan dengan dua sesi kimoterapi menjadikannya 12 kitaran. Selesai kimoterapi, Nitya sekali lagi perlu menjalani imbasan PET-Scan bagi mengesan sel-sel kanser yang masih ada di dalam badannya. Kali ini, berita yang lebih menyedihkan terpaksa dipikul sekali lagi. Sel kanser masih aktif meskipun Nitya menjalani kimoterapi selama enam bulan. “Berita itu bagai menghempap saya. Kali ini saya perlu ke Hospital Ampang dan membuat temu janji bersama Selepas mastektomi, Hiba sekali lagi perlu menjalani 15 kitaran terapi radiasi. Namun kali ini, Hiba mendapat perkhabaran tentang HER2 Positif. Ini bermaksud payuda- ranya menghasilkan lebihan protein dan HER2 Positif lebih agresif serta cepat membesar. Akibatnya, Hiba perlu menjalani rawatan lanjutan yang dipanggil herceptin untuk mengurangkan risiko kanser kembali semula. Doktor kemudiannya mencadangkan Hiba menjalani 17 kitaran herceptin setiap tiga minggu. Namun, Hiba enggan melakukannya kerana masih meng- harapkan rawatan berakhir selepas terapi radiasi. Namun, ia tidak seperti dirancang. “Doktor terpaksa akur dan memberi tempoh sebulan untuk berehat dari sebarang rawatan hospital. Lantas saya pulang dan mengemas beg untuk melancong ke Eropah bagi menenangkan fikiran dan menghirup udara segar di negara orang. Setelah pulang dari percutian panjang, Hiba segera menyerah diri ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Akhirnya, rawatan herceptin berakhir pada Dis- ember tahun yang sama dan kini Hiba bebas dari penyakit yang paling ditakuti wanita. MULAKAN PERNIAGAAN KEK “Sebenarnya, pengalaman yang saya lalui ini sangat menarik. Saya akui bersyukur diberi peluang ini dimana saya dapat mengenali siapa diri saya sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang mengambil berat tentang saya. Saya merasakan, ianya berlalu begitu cepat dan kini saya sudah berkahwin. Saya juga bersyukur kerana berjaya mengesan sel kanser ketika di tahap dua dan berjaya melalui setiap kesukaran tersebut. “Setelah sihat, saya menyertai beberapa bengkel dan kelas membuat kek. Dan kini, saya sudah miliki beberapa pengikut di Instagram yang membeli dan menyukai kek saya,” jelas Hiba. — al-Siha Keputusannya amat mengejutkan. Saya disahkan menghidap kanser hodgkin lymphoma. Pada waktu itu dunia seakan sudah berakhir.” Unit Hematologi. “Kemudian, saya sekali lagi perlu melakukan rawatan kimoterapi, diikuti bone narrow transplant dan radio terapi sehingga keadaan stabil dan disahkan bebas kanser. Kini saya sudah selamat daripada penderitaan. TIDAK SEDAR KEWUJUDAN SIMPTOM Jelas Nitya, selain daripada batuk teruk, demam yang berterusan dan sukar tidur dia juga menemui satu lump di bawah leher seperti gel. Namun, tidak menyangka ia merupakan petanda kanser. Tambah Nitya, dia tidak memiliki keturunan yang menghidap kanser. Baik daripada sebelah ayahnya mahu- pun di sebelah ibunya. Kanser paru-paru ini datang tanpa di duga. Namun, turut mengakui kesilapan sendiri kerana gagal mengesannya lebih awal sedangkan semua petanda itu sudah ada padanya. “Kakak saya yang merupakan seorang pelajar perubatan ketika itu, berasa sangat sedih kerana tidak dapat menge- san keadaan kesihatan saya. “Walau bagaimanapun, saya bersyukur diberi peluang ini dan dapat melalui pengalaman ini. Jika saya tidak menempuh sendiri keadaan ini sudah tentu saya tidak mengenali diri saya sendiri. Malah, saya dapat lihat ibu bapa dan ahli keluarga saya sentiasa di sisi. — al-Siha