al-Siha : June 2019 | Page 21

JUN, 2019 | al-Siha ANAK OH ANAK! Diagnosis PANDAS agak rumit dan memerlukan penglibatan awal pakar kanak-kanak. 21 sindrom Pediatric Autoimmune Neuropsychiatric Disor- ders Associated with Streptococcal Infections (PANDAS) . Sindrom ini merupakan keadaan di mana seseorang itu mengalami gangguan neuropsychiatrik autoimun pediatrik berkaitan dengan jangkitan streptokokus atau definisi terbaru untuk sindrom neuropsychiatrik akut pediatrik. Keadaan ini biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 12 tahun yang secara tiba-tiba menghidap sindrom obsesif-kompulsif (OCD) dan segelintir kes mengalami ‘tics’ (gerakan badan berulangan tanpa kawalan) selepas semalaman demam sakit tekak. Semua simptom akan menjadi lebih ketara selepas 48 jam. Kadang-kadang sindrom ini diikuti dengan keadaan psikologi lain seperti risau pemisahan (separate anxiety), hiperaktif, percakapan seperti bayi, dan masalah tidak dapat menumpukan perhatian atau tidak fokus. BAGAIMANA SINDROM BERLAKU? aru-baru ini, saya telah bertemu dengan seorang ibu yang dalam keresahan, mem- bawa anak perempuan kesayangannya ke jabatan kecemasan berikutan anaknya seringkali menangis tanpa henti dan ber- tindak ganas. Dari perkongsian ibu tersebut, anaknya yang berusia enam tahun sebelum ini terlalu obsesi dengan tabiat mencuci tangan selain mementingkan perihal susun atur biliknya. Setiap ibu pastinya gembira mempunyai seorang anak yang menjaga kebersihan, tetapi tidak dalam kes ini. Menurut Institut Kesihatan Mental Negara, United State, ia biasanya berlaku selepas kejadian perangsang jangkitan yang kuat kepada sistem imun, seperti jangkitan bakteria streptokokus (Streptococcus sp). Sistem imun badan sendiri yang sepatutnya menyerang bakteria, menyerang sel otaknya. Gejala OCD biasanya timbul secara tiba-tiba (24 hingga 48 jam) dan berlangsung selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. Jang- kitan streptokokus boleh tersembunyi atau asimptomatik dalam badan selepas jangkitan walaupun kanak-kanak itu sudah sembuh dari deman. Diagnosis PANDAS agak rumit dan memerlukan pengli- batan awal pakar kanak-kanak. Doktor akan melakukan pemeriksaan ‘swab’ tekak atau darah untuk mengesan kehadiran jangkitan streptokokus. Ujian negatif tidak menolak diagnosa sindrom ini. Diagnosa PANDAS biasanya berdasarkan gejala-gejala klinikal dan bukan ujian darah. Bolehkah sindrom PANDAS diubati? Jawapannya boleh, lebih mengembirakan lagi rawatannya sangat mudah, dimana pesakit hanya memerlukan antibiotik oral untuk mengubati jangkitan streptokokus (tersembunyi). Segala gejala OCD dan lain-lain akan lenyap sendiri. Satu-satunya cabaran dalam rawatan adalah kesukaran dalam proses mengecam PANDAS, sebab sindrom ini agak rumit dan kompleks. PANDAS susah dicam dan mudah terlepas pandang oleh doktor sekiranya beliau tidak menge- syaki sindrom tersebut. KRONOLOGI KES APA PERLU DILAKUKAN? Jelas ibunya, selepas kira-kira seminggu mengalami sakit tekak, setiap kali anak perempuannya itu menyentuh tombol pintu, dia akan meminta untuk dibawa ke tandas dengan tujuan mahu mencuci tangan. Jika tangannya tidak dibasuh, dia akan menangis meronta-ronta dan menolak apa-apa sahaja barang yang ada didepan mata. Keadaan ini menjadi semakin teruk apabila dia mula memukul dan menendang ibunya dan keadaan ini adakalanya berlarutan sehingga dua jam. Apakah yang terjadi sebenarnya? Ibu bapa harus membawa kanak-kanak tersebut berunding dengan pakar pediatrik atau doktor yang berpengalaman. Ibu bapa dinasihat supaya berbincang dan memaklumkan kepada doktor kebimbangan mereka sekiranya mengesyaki anak-anak mungkin mengalami PANDAS. Ini akan membantu meningkatkan kesedaran doktor tentang kemungkinan PANDAS. Ibu bapa juga digalakkan supaya membawa rujukan mengenai PANDAS untuk memudahkan komunikasi semasa berjumpa dengan doktor. Mendapatkan rundingan doktor kedua agak mem- bantu jika kebimbangan masih belum terungkai selepas berjumpaan dengan doktor pertama. Marilah kita bersama menyebarkan kesedaran tentang PANDAS. Walaupun sindrom ini jarang berlaku, kita tidak patut mengabaikan kerana jika terlambat akan mengeruhkan lagi keadaan. — al-Siha Sindrom pandas, mimpi ngeri bagi ibu bapa! Mysepsis oleh Dr. Tan Toh Leong Pensyarah Kanan dan Pakar Perubatan Kecemasan UKM B KENALI SINDROM PANDAS Jika diperhatikan, situasi ini menunjukkan bahawa kanak- kanak tersebut berubah tingkah laku secara tiba-tiba selepas 24 jam permulaan demam dan sakit tekak. Sebenarnya, dia mungkin mengalami sindrom yang dikenali sebagai