al-Siha : June 2019 | Page 16

16 al-Siha | jun, 2019 pena pakar Cara menghadapi perjalanan Dari Farmasi H oleh Siew Lee Jin Pegawai Farmasi Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia ari perayaan merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh semua dan sudah pasti ramai antara kita yang akan pulang ke kampung atau bercuti untuk melancong ke luar negara. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diran- cang rapi sebelum perjalanan jauh terutamanya kepada pesakit yang perlu mengambil ubat-ubatan untuk rawatan penyakit kronik. Perancangan yang rapi bukan sahaja dapat memastikan rawatan ubat-ubatan pesakit tidak terjejas bahkan juga dapat mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini. Pastikan tarikh luput setiap ubat disemak sebelum bertolak ke destinasi bagi memastikan kualiti dan keselamatan ubat tersebut tidak terjejas.” SEBELUM BERTOLAK Pesakit perlu memastikan kuantiti ubat yang dibawa adalah mencukupi sepanjang tempoh perjalanan. Pesakit juga dinasihati untuk membawa bekalan ubat yang berlebihan sedikit untuk mengelakkan masalah bekalan ubat tidak mencukupi. Ini adalah penting kerana tempoh perjalanan yang jauh mungkin berlaku disebabkan oleh pertukaran tarikh bertolak pulang, cuaca yang buruk, banjir, hal kecemasan dan sebagainya. PERIKSA TARIKH LUPUT Selain itu, pastikan tarikh luput setiap ubat disemak sebelum bertolak ke destinasi bagi memastikan kualiti dan keselamatan ubat tersebut tidak terjejas. Dalam keadaan tertentu, pesakit mungkin perlu mendapatkan rawatan perubatan semasa berada di luar negeri. Justeru, pesakit disarankan sen- tiasa membawa bersama-sama surat ubat atau preskripsi ubat semasa perjalanan jauh. Langkah ini adalah penting kerana preskripsi ubat boleh menjadi sumber rujukan kepada doktor atau pasukan perubatan sekiranya berlaku kecemasan. Preskripsi ubat juga boleh membekalkan maklumat berkaitan ubat- ubatan yang diambil oleh pesakit kepada doktor yang merawat sekiranya pesakit ingin mendapatkan rawatan lanjut atau bekalan ubat di fasiliti kesihatan yang lain. KEPENTINGAN LABEL Selain itu, pesakit juga dinasihati untuk menyimpan ubat-ubatan dalam bekas asal bersama-sama label ubat untuk memudahkan rujukan dan juga untuk mengelakkan kekeliruan. Informasi seperti nama ubat, dos ubat, cara pengambilan dan masa pengambilan ubat boleh didapati pada label ubat. Penukaran bekas asal ubat kepada bekas lain mungkin meningkatkan risiko kesilapan pengambilan ubat. Sekiranya melancong ke luar negara, pesakit dinasihati untuk mendapatkan informasi berkaitan endemik setempat (penyakit yang kerap berlaku di daerah tertentu) di kawasan atau negara yang akan dilawati sebelum bertolak. Informasi ini perlu diketahui supaya langkah-langkah pencegahan seperti keperluan pengambilan ubat-ubatan pencegahan dan vaksin perlu dititikberatkan sebelum bertolak ke negara tersebut. IKUT UNDANG-UNDANG Selain itu, pesakit juga dinasihati untuk mendapatkan maklumat berkaitan peraturan dan undang-undang pengawalan ubat setempat sebelum mel- ancong ke negara lain. Maklumat ini penting kerana negara yang berlainan mungkin mempunyai akta atau undang-undang yang berbeza dalam pengawalan jenis ubat dan kuantiti ubat yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam negara tersebut. Oleh itu, pesakit perlu mendapatkan informasi tersebut sebelum bertolak bagi memastikan ubat boleh dibawa masuk ke negara yang akan dilawati. SEMASA PERJALANAN Ubat-ubatan perlu disimpan di tempat yang kering dan jauh daripada haba atau cahaya matahari semasa perjalanan jauh. Pesakit perlu diingatkan agar tidak menyimpan ubat-ubatan mereka di dalam kereta sekiranya berhenti untuk rehat di kawasan rehat & rawat kerana peningkatan suhu dalam kereta boleh merosakkan ubat. Untuk pesakit yang menggunakan ubat yang memerlukan penyimpanan pada suhu sejuk, pesakit dinasihatkan untuk menyimpan ubat-ubatan tersebut dalam beg sejuk (cooler bag) bersama-sama pek ais. Sebaik sahaja Anak gagal apabila hati tidak Motivasi A Gerak hati dan mata hati yang hebat hanya dimiliki oleh orang yang memiliki hati yang bersih, ikhlas, beriman dan bertaqwa.” Oleh Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Pakar Motivasi nak-anak adalah amanah yang Allah berikan kepada kita sebagai ibu bapa.  Bayangkan ada yang kahwin tetapi tidak dikurniakan anak.  Macam-macam cara dan usaha telah dilakukan kerana mahukan anak.  Namun kalau sudah belum ada rezeki maka kenalah reda.  Ada yang berbelas tahun kahwin baru dikurniakan anak.  Dalam masa yang sama ramai juga ibu bapa yang begitu murah rezekinya hinggakan anak berderet-deret.  Saya masih ingat dalam satu program motivasi yang dijalankan di Kuala Terengganu ada seorang ibu yang ada tujuh belas orang anak.  Pastinya banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dalam mendidik dan membesarkan anak-anak yang seramai itu.  Seorang ibu boleh menjaga tujuh belas orang anaknya tetapi tujuh belas orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dihari tuanya.  Kenapa mesti begitu?  Sebabnya, ketika kita membesarkan anak-anak, kita berikan segalanya kepada mereka, makan, minum, pakaian, buku, kasih sayang, pelajaran, agama dan segalanya tetapi kita lupa mendidiknya agar tidak lupa bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.  Kita didik mindanya dan kita berikan keperluan fizikalnya tetapi kita lupa mendidik hatinya. TIADA TINDAKAN Baru-baru ini seorang guru bertanya kepada saya kenapa pelajar- pelajarnya yang mempunyai cita-cita menjadi orang hebat tetapi tingkah lakunya tidak hebat.  Mereka bercita-cita menjadi doktor, jurutera, peguam, arkitek, akauntan dan sebagainya, tetapi sebaliknya malas belajar, tidak mem- berikan tumpuan dalam kelas, pengurusan masanya lemah, kerja sekolah tidak siap dan bermacam lagi.  Jawapan saya ialah minda akan nampak apa yang hati mahu lihat.  Apabila minda nampak barulah wujud tingkahlaku positif.  Masalah pokoknya ialah hati tidak melihat.  Mulut berkata bahawa apabila dewasa mahu menjadi seorang doktor tetapi hati pula membisikkan sebaliknya. Hati tidak percaya dan tidak yakin.  Hati berkata tidak.  Sebab itulah selagi hati tidak terdidik maka apa pun tidak akan berlaku. BERSIHKAN HATI Ini mengingatkan saya kepada satu hadis Nabi SAW iaitu:   Daripada al- Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan.  Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan.  Ketahuilah, daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari). Jelas sekali Nabi SAW menegaskan tentang perlunya menjaga, mendi- dik dan membersihkan hati agar terpancar akhlak dan tingkah laku yang baik.  Malah dalam satu program motivasi yang saya jalankan seorang peserta bertanya bagaimana caranya mahu memiliki gerak hati yang tepat dan mata hati yang tajam.  Jawapannya ialah gerak hati dan mata hati yang hebat hanya dimiliki oleh orang yang memiliki hati yang bersih, ikhlas, beriman dan ber- taqwa.  Pendek kata, hati yang selalu ingat Allah.  Susah memang susah tetapi perlu dilatih setiap hari.  Tidak dapat banyak dapat sedikit pun syukurlah. Apabila hati anak-anak bersih, belajarnya cepat faham.  Hafalannya cepat ingat.  Apa yang telah dipelajari mudah dikeluarkan semula.  Jiwa mereka lebih tenang dan ibadah pun mudah dilaksanakan.  Anak-anak yang berhati bersih tidak kedekut ilmu.  Apa yang dipelajari dan diketa- huinya diajarkan pula kepada orang lain dan kesannya mereka sendiri menjadi lebih ingat dan lebih faham lagi.