al-Siha : June 2019 | Page 12

12 al-Siha | JUN, 2019 ISU: AUTISME Permata Kurnia pusat khas kanak- kanak autism Genius@Kurnia membantu kanak-kanak autisme untuk berjaya serta mampu bergaul dengan rakan sebaya di sekolah G ENIUSKURNIA adalah sebuah pusat intervensi awal untuk kanak-kanak autisme. Bermula sebagai Permata Kurnia pada tahun 2015, Genius@Kurnia kini memiliki ratusan murid dan keluarga yang berdaftar. Menurut Pengarah Genius@Kurnia, Prof. Madya Dr. Hasnah Toran, strategi intervensi di GENIUS@Kurnia adalah menggabungkan praktikal berasaskan bukti dan pengajaran secara naturalisasi dengan kerjasama antara kumpulan trans-disiplin dan ibu bapa. “Seperti yang diketahui, kunci utama membawa kanak- kanak autisme ke dalam masyarakat dan mampu menjalani hidup secara berkualiti adalah dengan memberi bantuan awal. Inilah yang dilakukan oleh Genius@Kurnia. Setakat ini, ia sudah membantu ramai kanak-kanak autisme. PROGRAM LENGKAP “Awalnya, kami berada di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi kini kami telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Petukaran ini sejajar dengan tugas kami yang menyediakan intervensi awal dan pendidikan khas kanak-kanak. “Matlamat utama kami adalah untuk membawa mereka ke sekolah aliran perdana dan bukannya sebagai pendi- dikan khas. Bagaimanapun bagi kanak-kanak yang tidak dapat masuk ke sekolah arus perdana, kami mahu mereka cemerlang dalam pendidikan khas. Dalam intervensi awal, sesi pengajian kanak-kanak autisme berusia diantara enam tahun ke bawah adalah dengan meningkatkan kemahiran asas serta mempersiap- kan mereka kepada program prasekolah. Sepanjang sesi, ibu bapa dilatih oleh ahli intervensi untuk menjalankan kerjasama bersama anak-anak istimewa mereka. Kanak-kanak yang mempunyai autisme memerlukan banyak sokongan dalam meningkatkan ketidakupayaan untuk bersosial dan cemerlang di sekolah. Oleh sebab itulah, GENIUS@Kurnia turut memberi sokongan kepada ibu bapa. “Kami sangat menggalakkan ibu bapa untuk datang bersama anak-anak mereka dan turut serta di pusat kami. Ini kerana orang yang paling baik untuk mengajar dan melatih kanak-kanak adalah ibu bapa sendiri. Dengan kemasukan ibu bapa, Genius@Kurnia turut menyediakan kelas dan latihan khusus dalam mengu- ruskan anak-anak dengan lebih baik. Pusat ini juga turut menyediakan khidmat psikologi klinikal yang datang sekali seminggu untuk memberikan kaunseling psikologi kepada ibu bapa yang mengalami tekanan dalam menguruskan anak-anak mereka. “Walaupun anak-anak ini sudah membesar dan ber- sekolah, kami menyediakan sokongan guru pembimbing yang di bayar oleh ibu bapa untuk memantau anak masing- masing di sekolah, bertujuan melihat sama ada mereka memerlukan apa-apa perubahan. “Persekolahan boleh jadi sesuatu yang menakutkan bagi mereka. Walaupun kita telah melatih mereka untuk membaca, menulis dan membuat latihan matematik, namun aspek sosialisasi di sekolah adakalanya menjadi masalah bagi mereka. Oleh itu, kehadiran guru pembimb- ing ini dapat meringankan cabaran yang ditempuhi. Bilik rangsangan yang sangat selesa dan dilengkapi peralatan yang diperlukan. Kami sangat menggalakkan ibu bapa untuk datang bersama anak-anak mereka dan turut serta di pusat kami. Ini kerana orang yang paling baik untuk mengajar dan melatih kanak-kanak adalah ibu bapa sendiri.” turut menyediakan guru terlatih di pusat kami. MENERAJUI PENYELIDIKAN AUTISM Malaysia masih kekurangan penyelidikan berkaitan autisme. Oleh kerana itu Prof. Madya Dr. Hasnah berhasrat untuk mengkaji kesedaran autisme melalui pusat-pusat sedia ada. Pusat ini juga mahu menjadi tempat bagi golongan profesional menerima latihan, mengenal pasti dan men- guruskan kanak-kanak autisme. Dalam tempoh empat tahun, Genius@Kurnia telah menyumbangkan banyak pengetahuan dan latihan kepada kanak-kanak autisme. Kini, pusat ini mempunyai 400 latihan sebagai persediaan untuk kanak-kanak autisme menyertai rakan sebaya di sekolah. Ibu bapa yang mempunyai anak autisme boleh mendaf- tar di Genius@Kurnia dengan bayaran RM500 sebulan. Yuran ini digunakan untuk menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada mereka. Bagi ibu bapa yang mempu- nyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM5000, pendaftaran akan diberikan secara percuma. Prof. Madya Dr. Hasnah yang juga mempunyai dua orang anak autisme ini turut berjanji untuk mendidik dan mempromosikan kesedaran autisme secara lebih meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. — al-Siha PENGLIBATAN GURU DIALU-ALUKAN Pusat ini telah berkembang jauh dan memainkan peranan- nya sebagai pusat intervensi awal kanak-kanak autisme. Oleh kerana kanak-kanak ini turut menyertai persekola- han, guru di sekolah juga turut berperanan penting dalam mendidik mereka. “Kami memahami kesukaran guru-guru di mana mereka berkemungkinan tiada pengalaman menguruskan dan mengajar kanak-kanak autisme. Oleh sebab itu, kami Aktiviti merangsang deria sangat penting untuk mengurangkan simptom autisme.