al-Siha : June 2019 | Page 11

JUN, 2019 | al-Siha ISU: AUTISME 11 FOTO : NASOM.ORG NASOM hasrat tubuh sekolah vokasional autisme Usaha sedaya upaya demi masa depan lebih cerah buat anak-anak autisme Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail S tigma tentang autisme seakan masih lagi menebal dalam kalangan masyarakat. Meski- pun pelbagai kempen, dan program dijalankan dengan liputan secara meluas dari media massa, namun isu ini ternyata masih belum dapat dihadam dengan baik oleh sesetengah individu. Lebih menyedihkan, isu stigma ini turut wujud dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme. Persoalannya, sampai bila ibu bapa mahu menyembu- nyikan anak autisme mereka? Bagaimana pula keadaan anak-anak ini sekiranya ibu bapa meninggal dunia dan anak-anak ini dibiarkan sendirian tanpa penjagaan? Bimbang dengan masalah ini, Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Feilina S.Y Muhammad Faisol berkata, seolah-olah menjadi satu kerugian bagi ibu bapa yang hanya ‘menyimpan’ anak- anak autisme ini. “Potensi anak autisme ini sebenarnya jauh lebih hebat daripada apa yang kita fikirkan sekiranya mereka diberi pendedahan yang sepatutnya. Bakat dan kebolehan mereka ini boleh digilap agar dapat membantu anak-anak ini untuk lebih berdikari pada masa hadapan terutama setelah kehilangan ibu bapa,”katanya. “Saya berhasrat untuk menubuhkan sebuah pusat yang menyediakan pendidikan vokasional untuk mereka. “Saya cuba sedaya upaya mendapatkan sokongan dari pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan dalam usaha mendapatkan tempat yang sesuai untuk anak-anak autisme ini meneruskan kehidupan selain berpeluang mengenal potensi sebenar diri mereka dan seterusnya mampu hidup berdikari. HASRAT MENDAPATKAN PLKN Selain itu, beliau turut meluahkan hasratnya untuk menubuhkan sebuah institut yang dapat menempatkan anak-anak autisme ini. “Sekurang-kurangnya satu tempat yang boleh menam- pung 50 orang anak-anak autisme dan besar harapan saya sekiranya kem latihan Khidmat Negara (PLKN) sedia ada dan tidak digunakan ditukar kepada institut yang boleh menempatkan anak-anak ini kerana disitu lengkap dengan hostel, kelas, dewan makan dan sebagainya. “Di institut ini, anak-anak autisme akan diajar dengan pelbagai kemahiran seperti pertukangan kayu, menjahit, teknologi komputer, perisian komputer dan banyak lagi. Saya mahu buat sesuatu yang lain daripada apa yang diajar sekarang, kerana saya yakin mereka boleh buat lebih dari itu. Mereka individu yang sangat bijak. Lihat sahaja Albert Einstein dan ramai lagi individu terkemuka dunia yang dilahirkan autisme tetapi tetap berjaya. “Mereka sebenarnya boleh melakukan pelbagai tugasan dan kemahiran yang tidak terduga dengan bantuan dan didikan. Oleh sebab itu, amat penting untuk asah bakat mereka dengan betul, selain membantu mereka mem- peroleh pendapatan. “Dari segi pelajaran pula kita akan tekankan subjek- subjek yang mudah mereka kuasai seperti matematik, sains atau matapelajaran yang dapat meningkatkan tahap pemikiran mereka. “Saya amat berharap dalam tempoh 24 bulan akan datang, saya berjaya merealisasikan impian dan hasrat ini, memandangkan masih belum wujud sekolah vokasional seumpama ini di Malaysia, jika ada sekalipun, harga yang ditawarkan sangat mahal. KEKANGAN KEWANGAN Feilina S.Y Muhammad Faisol. Setiap impian pasti ada dugaannya yang tersendiri, begitu juga dengan hasrat Feilina kearah menubuhkan institut vokasional ini. “Walau sebesar manapun harapan dan perancangan kami, jika tiada sumber kewangan yang mencukupi, kami NASOM berhasrat melahirkan anak-anak autisme yang dapat mengenali potensi diri, selain bersama- sama menyertai program komuniti dan menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. tetap tidak boleh lakukan apa-apa. “NASOM telah beroperasi sejak 32 tahun yang lalu oleh sekumpulan ibu bapa yang memiliki anak-anak autisme. Ketika itu pendedahan tentang perkara ini masih belum meluas. Namun, kami mampu berdiri dan mendapat sokongan hingga berjaya membuka 20 buah pusat latihan di bawah NASOM. “Namun pada tahun 2014 hingga 2015, kami mula mengalami masalah untuk terus kekal akibat kekangan kewangan dan hingga ke hari ini, hanya 15 pusat sahaja yang masih beroperasi. “Ibu bapa hanya perlu membayar 50 peratus sahaja yuran bulanan, iaitu RM300 hingga RM400 bergantung kepada lokasi. Namun hakikatnya, kita memerlukan ribuan ringgit untuk setiap pelajar. Oleh itu, apa yang kami laku- kan adalah dengan memohon sumbangan daripada pihak korporat, bank, hotel dan lain-lain. “Walau bagaimanapun ada antara pusat NASOM yang berdikari sendiri seperti di negeri Kedah dimana mereka menjalankan aktiviti seperti fun run dimana dana diper- oleh daripada sumbangan peserta larian. “Berbeza pula di Muar dan Segamat dimana kami adakan khusus untuk golongan B40 selain mengenakan yuran yang sangat rendah untuk mereka. “Sebenarnya harga yang kami tawarkan jauh lebih rendah berbanding pihak swasta lain sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. “Kami perlu membayar gaji guru, menghantar mereka untuk mendapatkan latihan kearah melahirkan pelajar yang lebih berkemahiran dan sebagainya. Seorang guru menggalas tanggungjawab mendidik tiga orang murid, sekiranya pelajar bertambah maka bilangan guru juga perlu ditambah. “Sekarang, apa yang kami buat adalah berusaha untuk mendapatkan dana sebanyak lima peratus daripada kera- jaan, 30 peratus daripada guru dan ibu bapa. Selebihnya adalah daripada pusat sendiri. NASOM juga turut mengajar anak-anak ini tentang kraf, dan cara untuk membuat kuih. Jadi sekiranya ada program-program korporat, mereka boleh tempah dari kami. Anak-anak autisme juga akan dapat duit pendapatan dari apa yang mereka usahakan. SERTAI NASOM Bagi ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak menyertai NASOM hendaklah menghantar anak-anak masing-masing untuk didiagnosis daripada pakar terlebih dahulu. Sekiranya, anak disahkan memiliki autisme, maka boleh ke mana-mana pusat NASOM terdekat untuk mengikuti kelas. Harga yang ditawarkan adalah RM300 ke RM500 ber- dasarkan lokasi pusat terbabit, dari usia tiga tahun hingga 40 tahun. Untuk maklumat lanjut layari www.NASOM.org.my. — Al-Siha