JULY, 2019 | al-Siha
HALAL
09
H
ALAL biasanya dikaitkan dengan
makanan dan juga minuman. Namun,
kita mungkin terlupa bahawa ubat-
ubatan juga perlu diperakui halal
kerana ia turut dimakan bagi individu
yang jatuh sakit.
Mengelakkan dari timbulnya persoalan berhubung
status halal terhadap ubat-ubatan yang dibekalkan,
Duopharma Biotech Berhad berusaha menghasilkan
ubat-ubatan yang halal, selamat, berkesan, berkualiti
dan bersih bagi memenuhi permintaan pengguna yang
semakin meningkat.
PERINTIS PENGELUAR UBAT HALAL
Duopharma adalah syarikat farmaseutikal Malaysia
yang telah bertapak dalam industri ini sejak tahun 90-an
lagi.
Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma, Leonard
Ariff Abdul Shatar berkata, Duopharma yang dulu dike-
nali sebagai CCM Biotech Berhad ini adalah syarikat
farmaseutikal pertama di dunia yang menerima pen-
sijilan halal.
“Ketika kami mula-mula berusaha untuk mendapat-
kan pensijilan halal, istilah ubat halal masih belum
didengari di mana-mana. Oleh itu, kami mengambil
pendekatan untuk menghasilkan vitamin dan suplemen
yang disahkan halal di bawah piawaian makanan.
Namun, apa yang lebih menarik, syarikat
berkenaan kemudiannya menerima pensijilan halal
pertama pada tahun 1999 menjadikan mereka semakin
dikenali.
“Kini, kami telah menjadi sebahagian daripada
industri farmaseutikal halal yang berusia lebih dari 20
tahun.
“Pensijilan ini akan meletakkan kami pada tahap yang
lebih baik dalam usaha syarikat untuk menembusi lebih
banyak pasaran yang mempunyai permintaan untuk
produk farmaseutikal halal,” katanya.
CABARAN UNIK
Sebagai syarikat farmaseutikal yang berusaha keras
mendapatkan pensijilan halal, pastinya ada pelbagai
cabaran yang terpaksa ditempuhi.
Jelas beliau, ada satu ketika pihaknya perlu melakukan
pembersihan kerana kawasan pengeluaran mempunyai
produk yang mengandungi bahan berasaskan porcine
(sumber khinzir).
Secara jelas, proses untuk membersihkan sesuatu
membabitkan khinzir adalah dengan cara sertu. Namun,
masalah lain timbul apabila idea menggunakan bahan
seperti lumpur jelas bertentangan dengan garis panduan
Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dalam pembuatan
farmaseutikal.
“Insiden itu berlaku ketika kami sedang rancak
membangunkan piawaian farmaseutikal halal. Kami
mendapati salah satu daripada produk berkenaan
berasaskan porcine. Kami kemudiannya membuat
penarikan semula secara besar-besaran.
Pembersihan mengikut GMP berjaya dilakukan,
namun, syarikat ini masih perlu mengetahui bagaimana
untuk melakukan sertu yang betul. Lalu pihak Duo-
pharma berbincang dengan Jabatan Agama Islam
Selangor dan langkah operasi pembersihan hendaklah
dilakukan secara GMP dengan menggunakan lumpur
yang telah ditapis.
“Kami menyiram bahagian pengeluaran dengan
lumpur yang ditapis dan kemudiannya melakukan pem-
bersihan mengikut GMP sekali lagi untuk memastikan ia
benar-benar bersih.
Proses sertu ini kemudiannya dijadikan sebagai
piawaian berdasarkan kajian kes ini.
Leonard Ariff berkata lebih 95 peratus produk kumpulan itu telah diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Ulama Indonesia sehingga akhir 2018.
Duopharma
Biotech Berhad,
perintis ubat halal
Syarikat farmaseutikal
pertama menghasilkan
produk yang diperakui halal
KONSEP HALAL
“Saya yakin Malaysia sering dilihat sebagai contoh
kepada negara-negara luar disebabkan oleh sikap
kepimpinan yang diterapkan,” katanya.
Tambah beliau, dalam hal seumpama ini, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memainkan
peranan penting untuk memperkembangkan lagi persi-
jilan halal di negara ini.
Bagi Leonard, konsep halal ini lebih kepada gaya
hidup berbanding penghasilan produk.
“Anda harus lebih jujur apabila melakukan sesuatu
yang membabitkan halal kerana ia turut menekankan
konsep Tayyiban, bukan hanya tentang apa tetapi juga
tentang bagaimana.
“Oleh itu, jika hanya menumpukan kepada
penghasilan produk tanpa mengetahui tentang perseki-
taran sebenar produk yang sedang dibangunkan, anda
sebenarnya telah kehilangan inti halal sama sekali,”
katanya. — al Siha
Anda harus lebih jujur apabila melakukan
sesuatu yang membabitkan halal kerana ia turut
menekankan konsep Toyyiban, bukan hanya
tentang apa tetapi juga tentang bagaimana. ”