24
al-Siha | JUlai, 2019
TENTANG WANITA
Multiple Sclerosis mengikut
kaum di Malaysia
59.4%
20.5%
16.6%
3.5%
Melayu
India
Cina
Dr Shanthi menjelaskan
bahawa Multiple Sclerosis boleh
menyebabkan kemerosotan
otak, menimbulkan kerosakan
mental dan kehilangan upaya
dari segi fizikal.
Wanita lebih
berisiko menghidap
Multiple Sclerosis
Kira-kira 2.5 juta orang di
seluruh dunia menghidap
Multiple Sclerosis dan sekurang-
kurangnya 767 rakyat Malaysia
terjejas dengan penyakit ini
M
ultiple Sclerosis (MS) lebih kerap
dialami oleh wanita berbanding
lelaki. Menurut Pakar Runding
Neurologi Hospital Kuala Lumpur,
Dr Shanthi Viswanathan, wanita
mempunyai kebarangkalian lima kali
lebih tinggi menghidap MS berbanding lelaki.
“Kebanyakan individu yang mengalaminya berusia
antara 19.1 dan 38.9 tahun,”katanya.
KENALI MULTIPLE SCLEROSIS
Multiple Sclerosis ialah sejenis penyakit neurologi autoi-
mun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat.
Jelas Dr Shanthi, sistem imun yang menyerang mielin
(lapisan perlindungan yang menyelaputi serat saraf) akan
menyebabkan radang dan tisu parut, lantas menyukarkan
otak menghantar isyarat kepada bahagian lain badan dan
secara beransur-ansur menyebabkan kemerosotan otak,
yang seterusnya menimbulkan kerosakan mental dan
kehilangan upaya dari segi fizikal.
Risalah pesakit ini akan diedarkan ke seluruh
hospital yang mempunyai rawatan penyakit MS.
KESAN KEATAS PESAKIT
Gejala MS tidak boleh diramalkan dan berbeza-beza
Orang Asli
dengan ketara antara pesakit, dan dari masa ke masa, ber-
beza bagi pesakit yang sama. Antara gejala umum termasuk
kebas, sesemut, sensasi tidak normal, kelemahan, masalah
pergerakan, vertigo, masalah penglihatan dan kesakitan
tahap ringan hingga teruk.
“MS juga mempengaruhi emosi seseorang, menyebab-
kan ketidakstabilan emosi, secara khususnya kemurungan,
keresahan, gangguan penyesuaian, gangguan bipolar dan
psikosis,”katanya.
Bagi pesakit MS, mereka perlu mempelajari tentang
penyakit dan berbincang dengan pakar kesihatan mereka
jika tidak dapat menahan kesan sampingan dengan baik,
mengalami penyakit yang berulang, mendapati gejala
bertambah teruk dan perubahan dalam keupayaan fizikal.
“Pesakit digalakkan untuk mematuhi rawatan dan jika
mereka melihat corak penyakit semakin teruk, mereka
perlu berunding dengan doktor untuk mencari pilihan
alternatif.
Penggunaan ubat perlu digabungkan dengan amalan
gaya hidup aktif dan diet untuk menangani komorbiditi
dan gejala MS.
“Individu yang disahkan menghidap MS hendaklah
menkaji dan membincangkan pilihan rawatan dengan
doktor masing-masing. Bukti semasa menunjukkan
bahawa pengesanan awal dan rawatan yang mengubahsuai
penyakit (DMT) penting untuk mengelakkan penyakit
berulang dan kehilangan upaya bertambah teruk yang
memberi kesan ketara terhadap kualiti hidup pesakit,”
katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran risalah
pesakit Sempena Hari MS Dunia dimana Sanofi melancar-
kan “Dunia lawan MS, sebagai inisiatif untuk meningkatkan
kesedaran tentang MS.
Ketua Unit Perniagaan Genzyme, Sanofi Thailand,
Malaysia dan Singapore, Quek Wee Ling, berkata pihaknya
ingin risalah ini lebih mudah diakses oleh para pesakit ber-
tujuan mendidik mereka serta penjaga tentang bagaimana
untuk mengurus dan memahami MS dengan lebih baik.
Sementara itu, Ketua Perubatan, Sanofi Thailand,
Malaysia dan Singapura, Dr Shiva Patil berkata, sebagai
rakan perjuangan kesihatan, Sanofi komited untuk ber-
ganding bahu dengan kumpulan pakar kesihatan, pegawai
kerajaan, kumpulan penyokong pesakit dan penggubal
dasar untuk menggalakkan penambahbaikan penjagaan
MS secara global. — al-Siha
Didiagnosis Multiple Sclerosis, Atiqah tidak putus harapan
Didiagnosis sebagai penghidap Multiple
Sclerosis ketika berusia seawal 19 tahun,
Nur Atiqah Samsudin, 30 tahun akui
perjalanan tersebut tidak mudah.
“11 tahun, bukan satu tempoh yang
singkat, pelbagai dugaan dan cabaran
terpaksa dilalui,” jelasnya.
Antara punca bermulanya MS ini
apabila dia terlibat dalam satu kemalangan
dan menyebabkan kakinya mengalami
kecederaan. Selepas tiga hingga empat
bulan kemudian, keadaannya semakin teruk.
Beliau yang kini menetap di Taiping, Perak
bersama kedua-dua ibu bapanya itu berkata,
keputusan yang menunjukkan bahawa
dia menghidap Multiple Sclerosis benar-
benar memberi satu tamparan besar dalam
hidupnya.
“Apabila mula-mula disahkan menghidap
MS, saya begitu terkejut. Kerana ketika itu
saya masih muda, dan banyak lagi yang ingin
di capai dalam hidup ini.
Malah, kehidupan yang baharu sahaja
hendak bermula itu dirasakan seolah-olah
sudah hancur.
“Saya mengalami pelbagai ketidakselesaan
fizikal dan tekanan emosi termasuk tidak
boleh berjalan seperti orang biasa, dan
mengalami masalah penglihatan. Tetapi
apa yang lebih merisaukan, saya juga tidak
mampu untuk mendapatkan pekerjaan yang
tetap.
“Dengan bantuan pakar neurologi, saya
kini menerima DMT. Rawatan ini sedikit
sebanyak membantu saya untuk mengawal
semula dan meningkatkan kualiti kehidupan,
sehingga saya mampu menulis dan
menghasilkan buku sendiri sebagai salah satu
cara untuk meneruskan kehidupan seperti
orang biasa dan punca pendapatan sendiri.
Saya juga bernasib baik kerana mempunyai
sokongan rakan dan keluarga,” jelasnya.
Saya mengalami pelbagai ketidakselesaan fizikal dan tekanan emosi
termasuk tidak boleh berjalan seperti orang biasa, dan mengalami masalah
penglihatan. Tetapi apa yang lebih merisaukan, saya juga tidak mampu
untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap.” – Nur Atiqah