30
al-Siha | ogos, 2019
BULETIN
Pantang,
perlu atau tidak?
Berpantang selepas bersalin masih perlu dilakukan. Namun,
ia tidak seketat zaman ibu bapa dan datuk moyang dahulu
A
malan berpantang bagi ibu lepas bersalin
amat penting pada zaman dahulu kerana
kadar kematian di kalangan wanita selepas
bersalin ketika itu sangat tinggi.
Namun, pada zaman ini amalan berpan-
tang bagi wanita lepas bersalin masih ada
yang relevan dan juga tidak relevan malah ada juga yang
mendatangkan lebih banyak mudarat akibat penyakit yang
berbeza berbanding zaman dahulu.
Pada tahun 1930-an, kira-kira 1,000 kematian direkod-
kan daripada 100,000 wanita bersalin. Namun, hari ini,
hanya 25 kematian direkodkan dari 100,000 wanita ber-
salin. Hal ini terjadi disebabkan oleh pendarahan teruk,
jangkitan kuman dan eclampsia (tekanan darah tinggi di
mana terjadi komplikasi teruk yang menyebabkan sawan
semasa kehamilan).
Berbeza pada hari ini dimana kematian dilaporkan
banyak berlaku disebabkan oleh embolism (suatu keadaan
dimana darah beku masuk ke dalam paru-paru). Ia terjadi
disebabkan oleh ibu kurang berjalan dan obesiti. Malah,
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Prof. Dr. Imelda Balchin
pernah menjelaskan perkara ini dalam satu rancangan
'Tanya Dr. Imelda' siaran ASTRO Prima Julai lalu.
Selain itu, jelas beliau selepas bersalin, bayi akan keluar
dan uri akan tertanggal dari dinding rahim. Rahim kemudi-
annya akan mengecut bagi menutup semua saluran darah
utama yang membekalkan darah ke uri. Secara purata ibu
akan kehilangan sebanyak 250 mililiter darah ketika itu.
Pendarahan ini perlu dihentikan.
“Pada tahun 1950-an, suntikan syntocinon atau
syntometrine diperkenalkan. Ia bertujuan untuk memper-
cepatkan uri keluar dan pendarahan dikurangkan sehingga
50 peratus. Jika ibu terbersalin di rumah, urutan rahim
akan diberikan oleh misi ketika dalam perjalanan ke hos-
pital menaiki ambulan. Zaman dahulu, semua suntikan itu
tiada. Hakikatnya, urutan berkenaan sangat menyakitkan.
“Menurut World Health Organization (WHO), sekiranya
suntikan diberi dan tiada sebarang pendarahan maka
urutan kecutkan rahim tidak diperlukan. Sebaliknya,
jika tiada suntikan urutan amat diperlukan kerana rahim
mengambil masa yang lama untuk mengecut dan uri
mengambil masa untuk keluar. Keadaan itu merisikokan
pendarahan.
“Pendarahan biasanya berlaku disebabkan oleh bersa-
lin banyak kali, kelahiran kembar tiga atau empat dan ada
juga terjadi tanpa sebab. Doktor terpaksa beri banyak ubat
untuk kecutkan rahim. Adakalanya doktor masukkan belon
ke dalam rahim dan isikan air supaya menekan saluran
darah. Jika tidak berjaya, doktor akan gunakan teknik ikat
dan jika tidak berjaya, rahim akan dibuang.
Benda sejuk kena elak
Jelas Dr. Imelda, dakwaan orang tua-tua mengenai kepent-
ingan elak ‘benda-benda’ sejuk ada relevannya. Ini kerana,
apabila berlakunya pendarahan yang banyak badan
akan melindungi jantung dan otak. Oleh itu, darah akan
dialirkan ke bahagian terbabit dan kurangkan pengaliran
darah ke kaki dan tangan yang dikenali sebagai ekstremiti.
Apabila darah kurang ke bahagian terbabit, ia akan sejuk.
“Bagi mengelakkan pendarahan yang menyebabkan
tekanan darah menurun hingga tiada pengaliran darah
ke bahagian ekstremiti, doktor akan sentiasa memantau
suhu badan ibu lepas bersalin, buat tranfusi darah supaya
tekanan darah meningkat semula,” katanya.
“Ibu juga boleh mendapat gangguan pada protein
darah dikenali sebagai kogulapati (suatu keadaan dimana
keupayaan darah untuk membeku terjejas). Ini boleh
mengakibatkan pendarahan tidak berhenti dan menye-
babkan kematian. Bagi mengelakkan kejadian ini, doktor
akan berikan fresh frozen plasma untuk mengantikan
kehilangan protein.
Dua bulan selepas bersalin
“Terdapat sesetengah ibu yang mengadu mengalami letih,
sejuk, sakit sendi, kulit kering, rambut gugur, berat naik dan
murung. Ini terjadi disebabkan oleh kurangnya hormon
tiroid. Oleh sebab itulah, orang dulu-dulu beri makan ikan
kering dan ikan bilis kerana makanan laut mengandungi
tinggi iodin.
“Ini dikenali sebagai postpartum thyroiditis (keradan-
gan kelenjar tiroid selepas bersalin) dan mudah terkena
selepas dua bulan bersalin. Lapan daripada 100 ibu
berisiko untuk mendapat masalah ini. Bagaimanapun,
sekiranya iodin kurang dalam pengambilan diet harian
ibu selepas bersalin, risiko untuk mendapat masalah ini
dua kali lebih tinggi. Antara yang berisiko adalah ibu yang
pernah ada diabetes dan mempunyai keturunan yang ada
masalah tiroid.
“Oleh itu, ibu lepas bersalin seharusnya mengambil
banyak makanan laut yang segar dan jika perlu gunakan
garam beriodin. Untuk kurangkan risiko, ibu wajib jaga
pemakanan.
Berpantang cara tradisional
cepatkan proses penyembuhan
Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail
A
malan berpantang secara tradisional
dilihat masih lagi diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat Melayu. Walau
bagaimanapun, teknik tradisional
secara totalnya telah ditinggalkan dan digantikan
dengan gabungan amalan tradsional dan moden
menjadikan ia lebih sesuai diamalkan untuk
generasi hari ini.
Sejajar peredaran masa, orang tua-tua tidak lagi
menjaga wanita lepas bersalin. Sebaliknya ia diganti
dengan mengambil penjaga upahan bertauliah
dalam menyediakan keperluan berpantang wanita
lepas bersalin. Ia dikenali sebagai Confinement Lady
(CL)
Menurut CL, Zaireen Zaihan Zulkifli, amalan
berpantang masih relevan diamalkan pada hari ini
untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Namun ia bergantung kepada individu untuk
mengamalkannya atau tidak. Ini kerana masing-
masing mempunyai kepercayaan tersendiri untuk
memulihkan badan masing-masing.
“Walau bagaimana pun, individu yang
mengamalkan pantang lebih cepat sihat dan kembali
normal seperti tidak pucat, tiada lenguh-lenguh dan
sebagainya dalam tempoh tujuh hari berbanding
mereka yang tidak mengamalkan pantang secara
konsisten yang memerlukan masa lebih lama untuk
kembali pulih.
“Amalan berpantang ini biasanya dibuat
sekurang-kurangnya tujuh hari pada waktu pagi
dan petang. Ia melibatkan mandi herba, sauna,
bertungku, barut, bertangas, pemakaian pilis, param,
temple dan beberapa amalan tradisi lain bergantung
kepada negeri masing-masing.
Jangan diet ketika pantang
Selain mengamalkan teknik tradisi itu, jelas Zaireen,
ibu dalam pantang tidak digalakkan berdiet dan ia
amat dilarang sama sekali.
“Saya sering bertemu dengan ibu-ibu yang mahu
Zaireen Zaihan Zulkifli: Amalan berpantang
masih relevan diamalkan di dunia serba
moden ini tetapi dengan teknik yang turut
dimodenkan.
berdiet dan tidak mahu makan makanan seimbang
sepanjang berpantang kerana dibimbangi berat
badan semasa hamil tidak mahu turun. Sedangkan
ia salah bahkan boleh mengundang kemudaratan
kepada ibu dan bayi.
“Pemakanan seimbang yang mengandungi nasi,
sayur-sayuran, buah-buahan dan lauk-pauk yang
tinggi protein amat diperlukan oleh badan untuk
mengembalikan tenaga, mengantikan darah yang
hilang serta bertujuan menghasilkan susu yang
banyak untuk bayi sekaligus mengurangkan risiko
jaundis dalam kalangan mereka.
Begitu juga pengambilan air yang banyak sangat
disarankan untuk penghasilan susu dan juga bagi
mengelakkan sembelit.
“Jika dahulu, orang tua-tua amat melarang ibu
berpantang minum air, namun hakikatnya air amat
penting untuk mengelakkan ibu sembelit. Malah air
juga berfungsi membantu memperbanyakkan susu.
“Bagi saya ibu dalam pantang perlu minum
sehingga 2.5 ke 3 liter air setiap hari. Minumlah
sedikit-sedikit tetapi kerap. Namun, terdapat juga
beberapa wanita yang tidak mahu minum air. Ia
biasanya disebabkan oleh campur tangan orang
tua yang masih percaya air menjadi penyebab rahim
kembang,” jelasnya. — al- Siha