24
al-Siha | ogos, 2019
TENTANG WANITA
Risiko PID meningkat sekiranya:
• Membuat hubungan seks tanpa kondom
• Berusia di bawah 25 tahun, kerana chlamydia
biasa menjangkiti mereka yang masih muda
• Aktif dari segi seksual pada usia muda
• Mempunyai pasangan seks baharu
• Mempunyai beberapa orang pasangan seks
• Mempunyai sejarah mengalami jangkitan
kelamin, atau suami mempunyainya.
• Simptom atau gejala yang sering dialami:
Biasanya pesakit akan mengalami tanda-tanda
seperti:
• Sakit di bahagian ari-ari ataupun bahagian
bawah abdomen
• Sakit semasa membuang air kecil atau pun
sakit semasa bersama suami
• Beserta keputihan yang banyak dan berwarna
kuning kehijauan dan berbau dari vagina
• Diikuti dengan demam panas yang tinggi
• Sakit pinggang belakang
Masalah radang
pelvis jejas kesuburan
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), statistik
dari tahun 2010 hingga 2015 menunjukkan kadar kesuburan
pasangan di Malaysia semakin merosot sehingga 1.97
kanak-kanak untuk setiap isi rumah
D
ianggarkan dua peratus wanita akan
mengalami ’pelvic inflammatory disease
(PID)’ tetapi ini mungkin satu anggaran
yang kurang tepat kerana kebanyakan
wanita tidak mahu mendapatkan
rawatan.
Menurut Pakar Obstetrik Dan Ginekologi, Hospital
Pantai Sungai Petani, Dr Norhayati Kasim, penyakit ini
MANFAAT SKIM
MYSALAM DIPERLUAS
Pesakit kini boleh
mendapatkan rawatan
daripada doktor
pakar di 10 hospital
tambahan:
• Pusat Perubatan
Universiti Malaya
• Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia
• Hospital Universiti Sains Malaysia
• Hospital Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia
• Hospital UiTM Sungai Buloh
• Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,
Kuala Lumpur
• Hospital Angkata Tentera, Kem Lumut
• Hospital Angkata Tentera, Kem Terendak,
Melaka
• Hospital Tentera Darat, Gemas
• Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota
Kinabalu
Skim mySalam merupakan perlindungan
takaful yang disediakan
kepada golongan B40 melalui
kerjasama awam swasta antara
Kerajaan Persekutuan dan
Great Eastern Takaful Berhad
Manfaat:
• Bayaran bantuan tunai
sekaligus RM8,000 bagi
mereka yang disahkan
menghidap mana-mana
penyakit kritikal
• Elaun hospital harian RM50 sehari atau
maksimum RM700 setahun
sukar dikesan kerana ia tidak menunjukkan gejala bagi
kebanyakan pesakit.
Radang pelvis atau PID adalah keadaan dimana
berlakunya jangkitan kuman di bahagian pelvis (uterus,
saluran fallapion, ovari dan kawasan sekitarnya).
“Kebiasaannya kuman yang menyebabkan jangkitan
ini adalah Chlamydia trachomatis dan Gonorrhea. Selalu-
nya dijangkiti melalui hubungan seksual,”katanya.
Jelas beliau, walau bagaimanapun ia tidak semestinya
disebabkan oleh STD semata-mata, mungkin boleh
terjadi kepada pesakit yang menggunakan IUCD sebagai
kontraseptif, disebabkan jangkitan yang berlaku semasa
kelahiran, keguguran ataupun sebarang prosedur atau
pembedahan di bahagian pelvis dan juga boleh terjadi
di kalangan pesakit diabetis yang tidak terkawal bacaan
gulanya.
ADAKAH PID DAPAT DIUBATI?
Jelas Dr Norhayati, PID ini boleh diubati.
• Pesakit memerlukan rawatan antbiotik dengan kadar
segera, dan sekiranya terjadinya nanah atau abses di
bahagian pelvis, nanah atau abses tersebut perlu dikelu-
arkan secara pembedahan laparoskopi.
• Sekiranya tidak di ubati ianya boleh menyebablan sepsis
iaitu jangkitan kuman ke seluruh badan dan organ-organ.
Seterusnya boleh menyebabkan kegagalan organ dan
kematian.
CARA DIAGNOSIS PENYAKIT INI
RADANG PELVIS
Masalah radang pelvis ini
selalunya menyebabkan
keadaan dimana berlakunya
perlekatan yang teruk dibaha-
gian organ peranakan wanita
dan risiko kecederaan ovari dan
tiub fallapion semasa proses
mengeluarkan nanah atau
abses semasa pembedahan.
Keadaan ini akan menyebab-
kan kesuburan wanita terjejas
selepas pesakit sembuh dari
Dr Norhayati Kasim, jangkitan ini. Satu dari lapan
Pakar Obstetrik Dan pesakit selalunya mengalami
Ginekologi, Hospital masalah kesuburan. Jika PID
Pantai Sungai Petani yang dihadapi individu itu
ringan dan cepat dirawat,
kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi.
“Satu episod PID tidak berkemungkinan menjejaskan
kesuburan. Jika seseorang menghidap PID yang teruk
atau tidak dirawat, kebarangkalian tiub tersumbat adalah
tinggi. Episod PID yang berulang meningkatkan risiko
tidak dapat hamil. Kerosakan pada tiub falopian yang
diakibatkan oleh PID juga meningkatkan risiko kehami-
lan luar rahim.
RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Rawatan antibiotik dengan kadar segera adalah sangat
penting untuk memastikan kuman tidak merebak,
sekiranya terdapat nanah atau abses di bahagian pelvis,
pembedahan mengeluarkan nanah perlu dilakukan.
“Pencegahan dan langkah-langkah awal yang perlu
diambil bagi mengelakkan PID adalah dengan menga-
malkan gaya hidup sihat, elakkan hubungan kelamin
secara bebas, ataupuan hubungan seksual secara selamat
dengan menggunakan kondom, elakkan bertukar-tukar
pasangan, dan yang paling penting menjaga kesihatan
luar dan dalam,”katanya.
“Elakkan penggunaan ‘douching’ kerana ini akan
mengganggu keseimbanagn pH dan normal flora di
dalam vagina,”tegasnya.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada cecair
vagina, perlulah berjumpa doktor dengan segera, untuk
memastikan samada ianya disebabkan oleh PID ataupun
jangkitan biasa. — al-Siha
“Untuk mengenal pasti dan diagnosis PID, selalunya
berdasarkan simptom dan gejala yang terdapat pada
pesakit, ujian speculum dan ultrasound dibahagian
pelvis perlu dilakukan dan seterusnya ujian makmal perlu
dihantar hasil daripada sampel yang diambil dibahagian
vagina.
KOMPLIKASI TERHADAP KESUBURAN
Menurut Dr Norhayati, masalah kesuburan sebenarnya
berlaku tidak kira jantina kerana statistik menunjukkan
faktor lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah
kesuburan adalah sama.
Bagi wanita, ketidaksuburan disebabkan sistem
peranakan bermasalah seperti ovari tidak menghasilkan
ovum ketika ovulasi disebabkan pelbagai punca.
Antaranya, masalah ovari seperti menopaus awal,
menghidap penyakit sindrom ovari Polisistik (PCOS),
sakit kronik berpanjangan seperti diabetes, kanser atau
kegagalan buah pinggang, kesan sampingan ubatan
seperti kemoterapi atau pengambilan dadah, masalah
genetik dan kemungkinan masalah radang pelvis.
Penghidap PID dan bakal suami atau pun
pasangan yang sudah berkahwin perlu mengambil
antibiotik untuk memastikan tidak dijangkiti PID
semula.