al-Siha : August 2019 | Page 13

ogos, 2019 | al-Siha Isu: bubble tea 13 Tiada DNA khinzir ditemui Malaysia dilabelkan sebagai 'syurga makanan' kerana mempunyai kepelbagaian lambakan menu makanan mahupun minuman yang menarik, unik dan agak berbeza. Terkini, minuman 'bubble tea' mula menarik perhatian ramai, persoalannya adakah 'bubble tea' ini halal dan tidak mengandungi kandungan yang meragukan? M inuman beraneka jenis yang dihi- dangkan bersama bebola mutiara dan dipanggil 'boba' ini diperbuat daripada tepung ubi. Jika di Malaysia, 'boba' ini kebanyakannya dijuak oleh orang Cina, pada masa sama mudah didapati secara dalam talian. Sebenarnya, 'bubble tea' ini telah lama bertapak di Malaysia. Walau bagaimanapun, minuman ini secara tiba-tiba menjadi minuman kegemaran ramai selepas penjenamaan semula kepada ‘boba milk’. Tular dalam talian Walau bagaimanapun, baru-baru ini secara tiba-tiba telah tersebar satu khabar angin mengenai keburukan 'bubble tea' ini di sosial media yang mempersoalkan status halal minuman manis ini, berikutan ramai penggemarnya beragama Islam. Pengurus Kualiti Global Haltech Sdn. Bhd, Ruzanna Zainal mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. “Apabila kami menerima produk makanan, kami akan menilai bahan-bahan yang kritikal terlebih dahulu. Ini kerana, tidak semua produk mengandungi bahan kritikal. Contohnya produk berasaskan tumbuhan tidak akan dianggap sebagai kritikal kerana ia tidak mempunyai bahan berasaskan haiwan. Manakala jelas Ruzanna, boba yang berasal dari tepung ubi biasanya mempunyai kandungan gelatin sayuran. “Sekiranya terdapat kandungan gelatin dalam produk, kita akan pastikan gelatin tidak diperbuat dari bahan yang tidak halal. Proses ini akan membawa kembali kepada pengilang dan kami perlu mengenalpasti dengan betul kaedah pencampuran dan proses penyediaan. “Kami akan pastikan ia tidak mengandungi bahan- bahan kritikal yang tidak dibenarkan oleh JAKIM. Setelah kaedah mereka diyakini, kami kemudiannya akan beralih kepada proses pengesanan. Sebagai contoh, selepas menguji bahan-bahan seperti gelatin (jika ada), kami akan mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang kesan daripada bahan-bahan yang telah dicemari oleh produk berasaskan sumber khinzir untuk memastikan agar produk yang diuji tidak dicemari oleh porcine (bahan berasaskan daging khinzir) pada masa pengeluaran dan hidangan,” jelasnya. Ujian saintifik mengesan sumber berasaskan daging khinzir Terdapat empat sampel bubble tea telah diambil secara rawak dari pasaran dan telah diuji sama ada halal atau tidak (ada DNA khinzir atau tidak) oleh Global Haltec, Makmal Halvec yang diketuai oleh Penyelidik, Nurul Atiqah Sa’don. “Kami telah melakukan dua ujian ke atas boba iaitu ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dan ujikaji Enzyme- Linked Immunosorbent Assay (ELISA). “Bagi ujian DNA, kami akan mengesan sebarang pencemaran daripada apa-apa bahan berasaskan khinzir. Manakala ujian ELISA pula untuk mengesan porcine antigen dalam bahan mentah dan sepanjang proses penyediaannya. “Untuk ujian DNA, kita perlu membuat homogenisasi sampel terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk mengasingkan sel-sel dan mengumpulkan DNA tulen. Proses ini penting kerana protein, kanji, gula dan pewarna boleh bertindak sebagai perencat ketika proses penentuan DNA. Dengan DNA tulen, kami mampu mengesan serpihan porcine sehingga 0.0002 nanogram/ microlite. “Kami akan menggunakan mesin Polymerase Chain Reaction (PCR) dan membandingkan hasilnya dengan urutan asid nukleik yang spesifik. Jika sampel itu sepadan, bermakna sampel berkenaan dicemari dengan DNA khinzir. Pengesahan halal dan persijilan halal adalah sesuatu yang berbeza. Untuk mendapatkan persijilan halal, mana-mana syarikat perlu melalui proses sebagaimana yang digariskan oleh JAKIM. Kami tidak boleh lakukannya kerana spektrum halal meliputi lebih daripada sekadar bahan yang digunakan.” Beberapa minuman 'bubble tea' yang dipilih secara rawak bagi mengenalpasti sama ada terdapat DNA khinzir atau tidak. Nurul Atiqah Sa’don. “Kemudian ELISA pula akan digunakan untuk mengesan kehadiran porcine dalam protein. Proses ini mensasarkan protein tertentu untuk mengesan porcine dalam sampel yang sedia ada. Bebas khinzir Walau bagaimanapun, empat sampel yang diambil secara rawak (jenama tersohor di Malaysia tanpa persijilan halal) yang telah diuji dan didapati bebas dari sebarang sumber berasaskan khinzir dan pencemaran silang daripadanya. “Selepas menguji sampel berkenaan, kami mendapati ia negatif (tiada bahan berasaskan khinzir). Semua produk yang diuji adalah selamat untuk digunakan berdasarkan bahan-bahannya. Secara mudahnya, tiada bahan ber- asaskan khinzir dalam penghasilan boba. Kami simpulkan begitu kerana tiada sebarang penemuan berasaskan sumber haram berkenaan. Secara ringkasnya, keempat-empat jenama yang sedang popular di Malaysia kini telah disahkan bebas daripada sumber khinzir dan selamat diminum. Walau bagaimanapun, pengesahan halal tidak bermaksud memi- liki persijilan halal. “Pengesahan halal dan persijilan halal adalah sesuatu yang berbeza. Untuk mendapatkan persijilan halal, mana-mana syarikat perlu melalui proses sebagaimana yang digariskan oleh JAKIM. Kami tidak boleh lakukannya kerana spektrum halal meliputi lebih daripada sekadar bahan yang digunakan. Kepakaran kami hanyalah menge- san kandungan bahan-bahan yang digunakan sama ada mengandungi DNA porcine atau tidak dengan menggu- nakan teknologi dan pengetahuan kami.” “Apabila sesuatu produk disahkan halal tetapi tidak disijilkan, kami meminta pengguna menilai dari kebijak- sanaan masing-masing sama ada yakin atau tidak ketika mahu menikmati minuman berkenaan. Kami tidak dapat mendedahkan jenama-jenama minuman yang kami gunakan sebagai sampel, namun kami boleh katakan keempat-empat jenama berkenaan adalah minuman bubble tea yang sedang menjadi tular,” jelasnya. — al-Siha Proses ujikaji sedang dijalankan.