al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 6

BULETIN
di M06
Imbas mukasurat ini untuk mengikuti bingkisan kisah Amin Hayat.
Imbas dengan
06
BULETIN
al-Siha | APRIL, 2018
Inovasi kesihatan digital

Tingkat kesedaran penjagaan kesihatan

OLEH NORZIRA SYARINI norzira. syarini @ revonmedia. com
ESIHATAN digital atau penggunaan teknologi

K digital dalam dunia kesihatan khususnya dilihat telah bergerak seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi( ICT) kerana telah berjaya membantu meningkatkan tahap kesihatan selain kehidupan yang lebih produktif kepada pengguna.

Teknologi ini umumnya telah mengurangkan ketidakcekapan dalam penyampaian penjagaan kesihatan, meningkatkan akses, mengurangkan kos, meningkatkan kualiti, dan menjadikan perubatan lebih menepati keperluan seseorang individu.
Namun, persoalannya, adakah Malaysia mampu mencapai tahap kesihatan digital setanding dengan negara maju yang lain?
PERANTI YANG DIGUNA PAKAI DI MALAYSIA
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi korespondennya menjelaskan kepada al- Siha bahawa penjagaan kesihatan secara digital di Malaysia pada masa ini dilihat amat membanggakan.
“ Penggunaan rangkaian media sosial dan aplikasi internet bukan sahaja mengubah cara kita berkomunikasi tetapi turut memberikan pelbagai kaedah inovatif baharu untuk bertukar-tukar idea dan akses kepada maklumat kesihatan,” katanya.
Antara peranti penjagaan kesihatan yang digunakan dan terdapat di Malaysia adalah seperti CR2Haptics( robot pemulihan kompak), Hippo, IMEUS Realtime Cloud Connected Health Devices, Onitor dan juga Nypro.
Sementara itu, penggunaan Fibod atau Fitness Balance Board juga turut membantu pengguna atau pesakit berlatih kemahiran menyeimbangkan badan melalui permainan realiti maya( virtual reality). Selain itu, CR2-haptik juga dilihat sangat membantu pesakit strok atau warga emas melakukan senaman tangan. Kedua-dua produk ini
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Jaffri Ibrahim dan Pengarah Program dan Penyelidikan CREST, Dr Khoh Soo Beng.
dikilangkan oleh Techcare Innovation, Johor Bharu.
Beralih pula ke produk yang dikenali sebagai Hypoband. Produk yang dikeluarkan oleh Geob International di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini merupakan sebuah peranti boleh pakai pintar( smart wearable) yang sebenarnya dicipta untuk penghidap hipoglisemia( paras kandungan gula di dalam darah yang rendah). Alat ini dikatakan mampu mengesan peluh sejuk dan memberi peringatan atau pesanan kepada mana-mana anggota keluarga bahawa pesakit sedang memerlukan bantuan.
Satu lagi peranti boleh pakai adalah FavorWatch. Ia dicipta oleh Favoriot Sdn Bhd yang terletak di Puchong, Selangor. Alat ini mampu memberi maklumat kesihatan seperti bacaan kadar denyutan nadi, jumlah bilangan langkahan setiap hari serta memberitahu tentang lokasi seseorang melalui aplikasi telefon bimbit untuk membantu pengguna khususnya golongan tua.
Datuk Dr Noor Hisham berkata, peralatan perubatan elektronik, peranti boleh pakai pintar dan pengesan seperti ini dapat membantu mengumpul maklumat seperti memantau pergerakan fizikal mahupun aktiviti fisiologikal lain yang dikenali sebagai analisis big data( data yang berukuran sangat besar, atau sangat bervariasi, atau kecepatan pertumbuhan tinggi).
ALAT DIAGNOSTIK KESIHATAN MENAMBAHBAIK PENGALAMAN PESAKIT
Menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pengunaan peranti pintar ini, Datuk Dr Noor Hisham berkata, pendedahan kepada umum mengenai alat diagnostik seperti stetoskop, glukometer, alat periksa tekanan darah, penimbang berat badan dan teknologi tekstil pintar secara amnya menambahbaik pengalaman pengguna secara tidak langsung.
“ Alat ini direka dalam bentuk mudah alih dan bersaiz kecil. Ada antaranya mampu diakses menggunakan protokol komunikasi seperti Bluetooth atau Wi-Fi pada telefon bimbit masing-masing sebagai peranti untuk ke sistem Cloud atau Internet,” katanya.
Menurut Datuk Dr Noor Hisham, Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan telah menjalankan satu kajian terhadap 23 buah pusat aktiviti warga emas yang dikenali sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas( PAWE), dan mendedahkan bahawa kebanyakan golongan terbabit menggunakan internet untuk memperoleh maklumat kesihatan daripada sumber-sumber profesional dan kakitangan kesihatan. Ianya terbukti apabila hasil kajian mencatatkan bahawa 83.4 peratus responden memilih
kakitangan kesihatan sebagai sumber yang paling mereka percayai.
Jelas beliau, kementeriannya juga telah mempertingkatkan penguasaan kesihatan digital sejak dua dekad lalu dengan memperkukuhkan teknologi infrastruktur yang membolehkan klinik dan hospital dihubungkan melalui rangkaian mayanya sendiri.“ Ini memudahkan perolehan maklumat dan penyebaran data, sama ada dari ibu pejabat seterusnya ke lokasi-lokasi terpencil atau selainnya untuk pengurusan dan perancangan kesihatan.”
“ Beberapa klinik dan hospital telah dilengkapi dengan sistem Rekod Perubatan Elektronik( Electronic Medical Records) dan melalui Health Information Exchange Malaysia( MyHIX), doktor boleh berkongsi rekod kesihatan pesakit untuk tujuan pemeriksaan lanjut dan rujukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Datuk Dr Noor Hisham memberitahu bahawa kementeriannya baru-baru ini telah melancarkan projek perintis Enhanced Primary Healthcare( EnPHC) di 20 buah klinik kesihatan KKM yang memfokuskan tentang pengurusan penyakit kronik dan penjagaan kesihatan primer penyakit tidak berjangkit melalui satu pendekatan sistematik bermula dengan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan yang berterusan.
“ Satu daripada komponen EnPHC adalah untuk membolehkan pengawasan tahap kesihatan dari rumah seperti bacaan tekanan darah dan gula supaya doktor dapat memantau dan menilai sebelum memberikan rawatan selanjutnya,” katanya.
Bagaimanapun, pelbagai usaha sedang dijalankan dalam menyediakan garis panduan yang betul terutama untuk khidmat konsultasi dalam talian.
“ Buat masa ini kerajaan sedang menyemak semula dan memajukan strategi kawal selia dan dasar menggalakkan teknologi kesihatan digital. Walaupun pesakit mungkin tidak mempunyai masalah untuk berhubung dengan dengan konsultan atau doktor mengenai sakit yang dialami mereka dengan menggunakan panggilan video Skype atau Whatsapp, namun ia masih mempunyai implikasi ke atas perkara berkaitan privasi dan kerahsiaan. Maka, usaha sedang dijalankan untuk menentukan peraturan dan garis panduan sesuai untuk konsultasi maya atas talian.”
“ Ini akan menjaga hak pesakit dan melindungi liabiliti kedua-dua pihak,” katanya.
Luqman Hafidz: Kawal pengambilan gula – M29 | Kanser prostat pembunuh senyap lelaki – M13 EKSKLUSIF: Patah anggota badan sembuh dengan urutan magis – M30 & 31 Doktor, tolong potong kaki saya... Zeeda Aziz – M15 |“ Doktor, anak saya mengalami jaundis!” – M20
01 | APRIL, 2018 | RM5.00 | PP19290 / 03 / 2018( 034852) | www. revonmedia. com
‘ Dengki’ pada pasangan – M16
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
Menangi hadiah bernilai RM10 ribu
peraduan di M07 & 08
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Inovasi kesihatan digital
P
ELBAGAI inisiatif dijalankan oleh pihak kementerian kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penjagaan kesihatan. Ini termasuklah usaha mereka menggalakkan penggunaan peranti perubatan sebagai medium yang efektif untuk memantau, diagnosis dan menjaga pesakit.
– Ikuti laporan penuh
ALOPESIA ada jalannya... – Amin Hayat
– Cerita penuh di M11 & 12
Minum air yang
cukup elak dihidrasi – Nabila
Razali M28