OLEH PUTRA MOKHTER putra. mokhter @ revonmedia. com |
GIULIANA RANCIC |
||||||||||||||
Pada 17 Oktober 2011, semasa temu duga di program Today, Rancic mengumumkan dia telah didiagnosis dengan kanser payudara peringkat awal. Dia menjalani pembedahan pada pertengahan Oktober 2011 dan kembali bekerja di E! News kirakira seminggu kemudian. |
HUGH JACKMAN
“ Ia sentiasa memberi sedikit kejutan apabila hanya mendengar perkataan‘ kanser’,” jelas Hugh yang menghidap kanser kulit kepada majalah People.
|
KYLIE MINOGUE
“ Pengalaman menghidap barah payudara adalah sebuah rasa yang menggabungkan emosi dan memori. Apabila saya dapat lihat rambut saya tumbuh kembali, ia adalah momen yang ajaib!”
|
BEN STILLER
Stiller, yang mempunyai anak perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 11 tahun, dengan isteri Christine, berkata doktor mengesahkan dia menghidap kanser prostat yang agresif pada bulan Jun 2014.
setiap kesukaran pasti ada kesenangan”. Jika kita kuat, pasti Tuhan akan menolong kita, dan Alopesia pasti ada penawarnya”.
Maka, terang lagi bersuluh, Alopesia bukanlah sejenis kanser. Ketepikan pandangan jahiliah anda tentang penyakit Alopesia ini dan cuba untuk memahami penyakit ini dan menjiwai jiwa pesakit Alopesia untuk bersamasama melahirkan masyarakat yang lebih peka, prihatin dan pintar.
|
FAKTA!
• Kanser prostat ialah pertumbuhan sel berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat.
|
• Apabila keadaan tubuh tidak kuat terutamanya bagi mereka yang berumur 70 tahun keatas, proses pembedahan tidak disarankan kerana takut ia memudaratkan. |
SECARA amnya, kanser prostat menunjukkan jumlah peningkatan yang luar biasa bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia terutama negara di Eropah. Menurut Dato’ Dr. Mahmood, Pakar Urologi dari Hospital KPJ Ampang Puteri, selain aspek genetik, punca utama kanser prostat ini juga boleh berlaku sekiranya seseorang terlibat dengan aktiviti seks secara liberal.
“ Minum alkohol, makan daging dengan kuantiti yang banyak serta mengamalkan seks bebas antara penyebab kanser prostat. Mengikut kajian, seks bebas di Malaysia sudah mula menunjukkan kadar kenaikkan yang mendadak. Infeksi kronik pada saluran uretra ekoran seks rambang ini boleh menyumbang kepada penyakit STD( Sexually Transmitted Diseases)”.
PERSOALAN MANDUL
Kanser prostat biasanya menyerang lelaki berumur 55 tahun dan ke atas. Namun, hari ini, ia juga sudah mula dihidapi lelaki lebih muda. Namun, katanya kanser prostat ini tidak menyebabkan seseorang itu mandul.“ Hal ini tidak perlu dikhuatiri kerana kanser prostat ini tidak akan menjadikan anda mandul. Tambahan pula, majoriti pesakitnya adalah lelaki yang sudah berumur 55 tahun keatas. Mereka ini kebanyakkannya telah mandul kerana faktor usia, sejujurnya. Bagi mereka yang merghidap kanser ini di usia muda( mungkin antara lingkungan 40 tahun ke atas), usah risau, rawatan kanser ini tidak akan memudaratkan kesuburan.”
CEGAH KANSER PROSTAT
Di Malaysia, peratusan peningkatan kanser prostat sangat cepat. Jadi lelaki berusia 55 tahun adalah digalakkan agar melakukan pemeriksaan berskala supaya tidak lambat untuk mencegah jangkitan kanser ini.
“ Hari ini masyarakat kita amnya boleh melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap PSA( Prostate- Specific Antigen) mereka. Apabila bacaan PSA meningkat, pihak hospital boleh melakukan rawatan dengan mudah kerana ia masih di peringkat awal. Sama ada melalui pembedahan ataupun ubatubatan, ia terpulang kepada keadaan pesakit itu sendiri. Namun, malangnya, tahap kesedaran rakyat Malaysia masih rendah. Ramai yang menyedari mereka menghidap kanser saat berada di tahap
|
Dato’ Dr. Mahmood, Pakar Urologi dari Hospital KPJ Ampang Puteri
kronik di mana kanser sudah merebak ke bahagian luar kawasannya‘ locker’ seperti di tulang belakang, kepala dan pinggul yang menyebabkan tulang menjadi rapuh dan patah. Akhirnya mereka lumpuh dan tidak boleh bergerak. Ia juga boleh merebak hingga ke kalenjar limpa. Itu sangat bahaya”.
Tambah beliau, kanser ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat. Jika karakter kanser itu perlahan dan pasif, tidak mengapa. Tetapi jika ianya agresif, pertumbuhan kanser itu boleh merebak ke kawasan lain dalam tubuh dan menyukarkan proses rawatan walaupun dengan kaedah pembedahan.
Prostat merujuk kepada kelenjar yang terletak di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra.
LAWAK MENGUBAT STRES
Cikgu: Setiap murid namakan jenis-jenis daya yang kamu tahu … Murid A: Berdaya maju cikgu! Murid B: Apakah dayaku! Murid C: Dayang Nurfaizah cikgu!
|