1st Edition 2020 | Page 8

Kepincangan Dalam Berkomunikasi Ketika Pandemik - Sudah jatuh ditimpa tangga- Berkomunikasi dikatakan sebagai kunci kepada segala perbuatan yang dilakukan. Namun, bagaimana komunikasi sesama manusia boleh berubah kepada sesuatu yang lebih genting pada waktu ini di mana kita sedang menghadapi pandemik virus Covid-19? Pengamal media yang bekerja di lapangan boleh dianggap sebagai antara wira negara. Perkara ini merujuk kepada cara media organisasi di Malaysia yang gian memberi maklumat dan informasi baru kepada rakyat mengenai virus Covid-19 tanpa mengenal erti lelah atau penat. Mereka juga terdedah kepada virus tersebut kerana keluar daripada rumah pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Namun, risiko dalam berkomunikasi adalah apabila sesuatu maklumat itu disalah tafsir atau diputar oleh pihak yang bertanggungjawab. Aktiviti tidak bermoral ini telah sedikit sebanyak mengubah kontek keseluruhan informasi tersebut. Berita palsu semakin banyak di mana kerajaan Malaysia telah mengeluarkan undang-undang berkenaan berita palsu serta telah memberi satu portal rasmi yang diberi nama Sebenarnya.My untuk kegunaan rakyat bagi memeriksa fakta atau berita yang disiarkan. Terperangkap di dalam virus yang telah membunuh lebih 500,000 ribu manusia di seluruh dunia, informasi dan maklumat yang betul mampu membantu kita semua untuk mengelak daripada dijangkiti virus tersebut. Laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah menjadi laman web popular bagi pengguna media sosial untuk mendapat maklumat mengenai apa sahaja. Kesahihan berita itu adalah sesuatu yang amat penting, apatah lagi apabila berita tersebut disiarkan di laman media sosial. Kontek sesuatu berita itu mungkin diterjemah daripada perspektif lain oleh individu yang berlainan. Namun, motif utama berita tersebut masih sama. Memberi pengetahuan dan informasi kepada khalayak ramai. Virus Covid-19 ini telah banyak mengubah cara manusia dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Mengamalkan jarak sosial antara satu sama lain, memakai topeng muka serta hidung dan mencuci tangan dengan kerap. Namun, putaran komunikasi sesame manusia harus diperketatkan dengan berkongsi fakta serta mempraktikkan cara komunikasi yang benar. Kerjasama antara satu sama lain amatlah penting agar berita palsu tidak dikongsi senewang-wenangnya kepada khalayak ramai. Majalah SASARAN edisi ke-82 dipenuhi dengan artikel mengenai komunikasi, Covid-19 serta isu-isu semasa yang lain. Media massa tidak pernah berhenti daripada beroperasi bagi mencapai matlamat untuk berkongsi bersama khalayak ramai. Irfan Izzuddin KETUA PENGARANG IRFAN IZZUDDIN SASARAN EDISI 82 8