kajian Kementerian Pendidikan,
mereka mendapati bahawa sekitar 36.9
peratus daripada 900,000 murid tidak
mempunyai sebarang akses internet di
rumah.
Lebih menyedihkan apabila,
peperiksaan awam seperti SPM, STPM
dan STAM akan ditangguhkan pada
awal tahun hadapan. Para pelajar dan
guru turut terkesan dengan perkara
ini malah mereka juga terpaksa
memikirkan jalan penyelesaian yang
sesuai dengan keadaan itu.
Namun begitu, perkara tersebut
tidak menggangu malah membuatkan
para guru dan pensyarah semakin kreatif
dalam melaksanakan sesi pengajaran
mereka. Mereka menggunakan segala
teknologi yang ada demi membantu
para pelajar untuk terus belajar
walaupun cuti dipanjangkan.
Bagi pelajar yang kurang
berkemampuan dan tinggal di kawasan
pedalaman di mana kurangnya cara
untuk mengakses internet, para guru
akan menghantar tugasan secara pos
dan akan berhubung melalui aplikasi
whatsapp. Mereka akan memastikan
bahawa tiada seorang pun murid
akan ketinggalan dengan proses
pembelajaran itu.
Penggunaan pembelajaran secara
alam maya antara salah satu cara yang
digunakan bagi berhubung antara
guru dan pelajar. Antara medium yang
dipakai ialah google meet, webex,
skype dan bermacam lagi.
Menurut data dan sumber dari
Google Trends, Malaysia antara
negara yang tertinggi menggunakan
Google Classroom yang merupakan
sebuah perkhidmatan web percuma
untuk kegunaan sekolah dan universiti.
Setakat 17 April lalu, Malaysia
merupakan tempat pertama dengan
carian yang tertinggi diikuti dengan
Indonesia, New Zealand, Amerika
Syarikat dan Singapura.
Perkara ini jelas menujukkan
bahawa mereka tidaklah hanya duduk
di rumah menggoyangkan kaki seperti
yang diperkatakan oleh masyarakat di
luar sana. Tindakan tersebut sedikit
sebanyak mencalarkan imej para
pendidik di negara kita, walhal mereka
juga merupakan pejuang hadapan
seperti pekerjaan yang lain. Cuma
mereka hanya duduk di rumah dan
tidak keluar pertaruhkan nyawa.
Baru-baru ini telah heboh
diperkatakan apabila terdapat seorang
guru kimia dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis,
Siti Faridah Matt, 34 memanfaatkan
teknologi skrin hijau atau ‘green
screen’ untuk memudahkannya
menerangkan kepada pelajar mengenai
subjek tersebut.
Beliau mengambil inisiatif tersebut
bagi menerangkan jadual skala berkala
kepada pelajarnya. Cikgu Faridah hanya
menggunakan kain hijau dan telefon
pintarnya sahaja. Rata-rata masyarakat
dan guru lain memuji tindakan beliau
kerana ia merupakan sebuah tindakan
yang bagus dan bernas.
Pada waktu yang sama, seorang
lagi guru yang juga berasal dari perlis,
Arifah Raedah Muhammad Pauzi,35,
guru mata pelajaran Sains dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Ali
Ahmad, Kangar juga antara guru yang
memanfaatkan musim PKP ini dengan
teknologi yang ada untuk menambah
baik cara pembelajaran jarak jauh.
Beliau giat menjalankan kelas
secara atas talian menggunakan
aplikasi ZOOM, OBS dan siaran
langsung di Facebook. Di samping
memberi kerjasama dalam pemuatan
TV Pendidikan, beliau juga terlibat
dalam menguruskan subjek Sains bagi
pelajar tingkatan satu negeri Perlis
bersama enam orang guru yang lain.
Kementerian Pendidikan dan
Menteri Kanan Pendidikan juga
bersama-sama membantu dengan
mewujudkan TV Pendidikan bagi
memudahkan lagi kerja para guru. Sesi
pembelajaran TV Pendidikan ini akan
disalurkan menerusi saluran baharu
RTM, TV Okey dan usaha ini diberi
perhatian kerana kekangan para pelajar
untuk mengikuti pembelajaran secara
atas talian.
Terdapat juga sekumpulan guru
yang secara sukarela membantu para
guru dan menerbitkan kandungan
pembelajaran mereka ynag tersendiri
di Youtube dan dikenali sebagai
‘Cikgootube’. Pasukan ini terdiri
daripada lebih 3,000 orang guru di
seluruh Malaysia dan mereka amat
bergiat aktif dalam penghasilan
kandungan kreatif untuk EduwebTv
dan TV Pendidikan.
JIka dilihat, terlalu banyak jasa dan
pengorbanan guru demi memastikan
murid mereka terus belajar walau apa
jua keadaan. Walaupun ada sebahagian
besar daripada guru ini terutama sekali
bagi golongan veteran kerana mereka
masih tidak biasa menggunakan
teknologi ini.
Segala jenis keperluan bagi
memastikan para pelajar faham dan
seronok belajar walaupun tidak
bersemuka merupakan sesuatu proses
yang sukar namun menakjubkan.
Justeru itu, kita sebagai masyarakat
perlulah bersama-sama membantu para
pendidik untuk memastikan anak-anak
kita terus belajar dan tidak mensiasiakan
segala usaha yang telah dikerah.
Pendidik merupakan lilin yang
mudah terbakar dan padam begitu
sahaja. Ilmu yang disampaikan oleh
para pendidik amat bernilai dan
masyarakat perlulah bersyukur kerana
sistem pendidikan Di Malaysia masih
boleh dilaksanakan dan menjadi antara
yang terbaik di dunia. Jadi marilah
kita hargai setiap usaha mereka bagi
membangunkan anak bangsa di
Malaysia.
“Guru yang baik itu
ibarat lilin, membakar
dirinya sendiri demi
menerangi jalan orang
lain.”
SASARAN EDISI 82 11