1st Edition 2020 | Page 108

untuk meneruskan kuliah supaya proses penyampaian ilmu dapat terus berjalan walaupun berhadapan waktu yang sukar. Namun, isu keselamatan yang melibatkan data peribadi pengguna menjadi persoalan apabila aplikasi tersebut dikatakan tidak selamat dan beberapa data peribadi pengguna telah bocor di internet sewaktu menggunakannya. Penyataan tersebut telah meninggalkan seribu persoalan kepada para pengguna mengenai keselamatannya apabila mereka memilih untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan kerja yang melibatkan data sensitif. Menurut BH Online, Zoom dihantui dengan pelbagai isu keselamatan dan kerahsiaan data pengguna, selepas permintaan meningkat secara mendadak di sekolah dan pejabat berikutan pandemik koronavirus di Singapura. Negara itu turut menggantung penggunaan aplikasi tersebut buat sementara waktu sehingga isu keselamatan tersebut diatasi. Beberapa negara seperti India turut memberi amaran dan nasihat agar rakyat negara tersebut tidak menggunakan aplikasi tersebut untuk sebagai platform untuk melakukan kerja. Permintaan yang tinggi di kalangan pengguna menyebabkan Zoom di serang bertalu-talu kerana sistem keselamatannya yang lemah serta menjejaskan ramai pihak. Antara ancaman yang boleh dihadapi ialah, penggodam berupaya mencuri maklumat log masuk tanpa disedari oleh pengguna. Aplikasi ini begitu mesra dengan para pengguna namun, isu keselamatan mampu menyebabkan aplikasi tersebut diragui hingga menyebabkan pengguna tidak mahu menggunakannya lagi. Setakat hari ini, masih belum ada kes tentang kebocoran data peribadi dalam kalangan pengguna di Malaysia, namun mereka harus berhati-hati agar maklumat peribadi mereka di eksploitasi atau digunakan oleh manamana pihak. Walaupun aplikasi tersebut mempunyai kebaikan dan keburukannya, isu keselamatan data menghantui ramai pengguna dan waswas dalam menggunakannya. Hendak pakai ataupun tidak pakai aplikasi tersebut, terpulang kepada para pengguna. Pengguna sepatutnya tahu, tindakan awal perlu dilakukan sebelum memuat turun apa-apa aplikasi termasuklah aplikasi tersebut. Tiada jenama atau perisian anti-virus serta anti-malware yang dapat menjamin serta melindungi data pengguna daripada bocor dan tersebar di internet. Walaupun pengguna mempunyai sistem operasi terbaharu dan juga anti-virus terkini, pencerobohan data mereka tetap boleh berlaku apabila kepada mereka. Pengguna boleh menggunakan aplikasi yang lain seperti Skype dan Google Hangouts untuk melakukan kerja atau pelajaran atas talian kerana aplikasi tersebut lebih selamat berbanding Zoom. Pengguna perlu membuat pilihan yang bijak demi keselamatan data mereka. Pilihan terletak di tangan pengguna sendiri untuk memilih aplikasi yang terbaik untuk mereka menggunakannya untuk melakukan kerja mahupun kelas atas talian. Kebocoran data yang berlaku di luar negara berkemungkinan besar boleh berlaku di sini juga. Tiada perisian yang dapat membendung virus tersebut seperti mana yang disebut. Meskipun permohonan maaf telah dilakukan oleh pemilik Zoom sendiri, namun keselamatannya masih diragui. Walaupon aplikasi tersebut sedang menumpukan sepenuh perhatiannya untuk memulihkan sistem keselamatannya, kebanyakkan pengguna mula memilih aplikasi lain. Dipuji ramai kerana ciri dan pelabagai kegunaannya, namun sistem keselamatan aplikasi tersebut amat mengecewakan. Digunakan hampir 200 juta pengguna seluruh dunia, menyebabkan mereka berang kerana data mereka mungkin disalahgunakan oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab. Aplikasi ini ibarat tidak menitikberatkan soalan keselamatan serta privasi para pengguna mereka. Kerapuhan sistem keselamatan mereka menyebabkan mereka begitu senang digodam. Kebanyakkan pengguna telah beralih kepada aplikasi yang lebih selamat serta mesra pengguna. Ianya pilihan yang bijak bagi para pengguna kerana mereka mengutamakan keselamatan data peribadi mereka. Aplikasi Zoom mungkin kembali menjadi pilihan pengguna sebaik sahaja mereka memperbaiki aspek keselamatan aplikasi mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka mungkin akan hilang pengguna untuk satu tempoh yang lama. Keselamatan adalah tunjang sesebuah aplikasi untuk memambat hati pengguna untuk menggunakannya. “Tiada jenama atau perisian antivirus serta antimalware yang dapat menjamin serta melindungi data pengguna daripada bocor dan tersebar di internet” SASARAN EDISI 82 108